‘Challenge’ Sambung Ayat Al-Quran Dapat RM 50, Suara Pakcik Ini Pula Buat Netizen Terpukau

Terdapat banyak di media sosial pada masa kini dimana ‘content creator’ seperti youtuber, instafamous, tiktokers yang membuat eksperimen sosial.

Untuk eksperimen ini, mereka akan mendekati sesiapa sahaja di tempat awam untuk melihat keprihatinan mereka terhadap sesuatu perkara.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pemuda ini bukan mendekati orang awam untuk melihat tahap keprihatinan mereka namun berdiri di satu sudut di tempat awam untuk memberi ganjaran kepada sesiapa yang boleh menyambung ayat Al-Quran mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @abdqawiyaro, difahamkan pemuda berkenaan melakukan ‘challenge’ tersebut di ibu kota, Kuala Lumpur yang mana akan memberikan RM 50 kepada sesiapa sahaja yang boleh menyambung ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

Namun apa yang membuatkan ramai terkejut adalah terdapat seorang ayah yang sedang mendukung anak dilihat berjaya menyambung ayat Al-Quran yang diberikan.


Lebih kagum, suaranya sangat lunak dan merdu menyambung petikan surah tersebut dan akhirnya memenangi RM 50 itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji suara lelaki yang dikenali sebagai Muhd Ridhwan ketika dia menyambung surah itu.

“Luar biasa, mesti anak dia bangga” Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga kagum dengan pemuda berkenaan yang melahirkan content positif sesuai buat tatapan umum malah menjadi ikutan ramai.

Antara komen warga maya:

“Sedapnya suara pakcik.. buat konten macam ni lagi bang.. saya suka..”

“Kita yang mendengar dia baca pun dapat pahala”


“Terbaik, sangat berbeza, sangat membuka hati, semoga konsisten injek konten sebegini!”

Video yang tular di laman TikTok:

@abdqawiyaro sambung ayat Quran dapat rm50 🥰🫶🏼 @TVAlhijrah #quranrecitation #jomngajisikit ♬ original sound – Abdul Qawiy