Ambil Kuah Lebih Kena Caj, Tindakan Peniaga Ini Cetus Perdebatan Netizen

Setiap orang memiliki cita rasa masing-masing malah pasti ramai diantara kita yang gemar makan nasi dengan kuah yang banyak atau sering kali disebut ‘kuah banjir’ bukan?

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video dimana seorang pelanggan bersuara dan mengadu pada peniaga yang mengira harga kuah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @faraysoff, dapat kita lihat seorang pelanggan dan seorang peniaga bertengkar mulut dipercayai akibat bayaran yang dikenakan untuk kuah.

Pengguna TikTok @faraysoff yang memuat naik rakaman itu mempersoalkan adakah kuah tidak perlu dikira. Mereka sebagai peniaga mengambil kira kos termasuk santan dan rempah ratus untuk memasak sesuatu hidangan.

Perkara tersebut nyata membuatkan ramai terkejut kerana mereka sendiri tidak pernah dikenakan bayaran jika minta kuah lebih kecuali jika bungkus dalam kuantiti yang banyak.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen rata-rata warga netizen berang kerana selama ini tidak pernah dikenakan cas untuk kuah malah mengecam peniaga tersebut.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang memerli peniaga itu untuk turut mengira kos surat khabar, getah dan upah peniaga yang membungkus makanan tersebut.

“jujurlah saya cakap, orang minta kuah sebesen pun sepanjang saya meniaga tak pernah saya cas.. saya anggap sedekah dalam berniaga”

“awat tak cas sekali surat khabar plastik dengan getah tu yang guna untuk bungkus nasi tu.. Cas sekali upah bungkus upah masak upah cuci periuk upah pi kedai”


Pun begitu, ada juga yang mengatakan ianya wajar dikenakan cas kerana harga barang pada masa kini meningkat malah harga untuk membuat kuah tersebut juga tinggi.

“sedekah is sedekah.. orang ni berniaga.. kuah tu semua guna bahan.. bahan beli guna duit..”

“depa tak meniaga depa tak tahu.. kang kalau kasi free nanti datang banyak kali minta ja kann.. nanti naik minyak”

“nohhhkuah satu plastik mat.. memang kiralah.. seringgit ja.. bukan 4 ringgit”

Video yang tular di laman TikTok:

@faraysoff orang berniaga sila jawab . mai kedai komplen kuah dicaj harga . #fypシ゚viral #fyp ♬ original sound – .

@faraysoff Reply to @aa_jatttt ♬ Dalamo Dalamo – DJ Opus

@faraysoff Reply to @alsaari19 ♬ Yours (feat. LeeHi, CHANGMO) – Raiden & CHANYEOL