“Mana cukup” Tak Tahan Nak Membuang, Aunty Ni Siap Tampal Nota & Selit Duit RM1 Untun Elak Saman

Isu ‘double park’ seolah-olah tidak akan pernah habis terutamanya bagi mereka yang duduk di kawasan bandar dimana sentiasa sesak dengan kenderaan.
Iospital phone repair gombak
Jadi tidak hairanlah jika ramai yang ‘naik hantu’ bila ada kereta double park kerana sememangnya ia menyusahkan banyak pihak.

Tindakan tersebut juga boleh disaman oleh pihak berkuasa kerana meletakkan kenderaan di merata tempat.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang aunty disaman kerana meletakkan keretanya sembarangan mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian yang tular, kelihatan seorang aunty daripada Singapore terpaksa meletakkan kenderaannya di bandar Kota Kinabalu.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila aunty itu dilihat menampal duit kertas RM1 dan nota lucu pada cermin.

“Please dont saman me boss, i have to go pangsai (berak). Sorry ah”, tulisnya.

Lebih mengundang dekah apabila dia memaklumkan dirinya tidak tahan untuk membuang air besar. Oleh kerana itu tetap menjadi satu kesalahan, pihak berkuasa terpaksa menyaman malah sempat berseloroh mengatakan duit yang diberi tidak cukup.


“Tak cukup la.. lain kali pensai (berak) di rumah saja laa..” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat aunty yang selamba meletakkan nota sebegitu untuk melepaskan diri daripada disaman.

“Mana cukup, kita pakai parking apps lah sekarang” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga sokong dengan tindakan pihak berkuasa yang menyaman aunty tersebut kerana bagi mereka salah tetap salah.

Antara komen warga maya:

“RM 1? Kind of insulting.. at least RM50 lah”

“Lu berak lu punya pasal lahh saman tetap saman”


“Obviosly the summon officer dont give a.. 1 rm nak beli tissue pun tak cukup”


Perkongsian yang tular di laman Facebook:

Adoiii auntyy.. next time melepas awal-awal lah dekat rumah kikiki