Selamba Letak Kaki Atas Kepala Kerusi, Pelancong Arab Mengamuk Dihalau Pemandu Bas

Setiap negara memiliki budaya mereka tersendiri dan di Malaysia kita sedia maklum dimana sangatlah tidak beradab jika kaki diletakkan pada paras kepala hatta kaki itu bersih sekalipun.
Iospital phone repair gombak
Namun, segelintir pelancong seolah-olah mengendahkan sesetengah budaya dan tetap melakukan apa sahaja yang mereka mahu tanpa memikirkan orang lain.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana dua orang lelaki bangsa arab mengamuk apabila ditegur oleh pemandu bas untuk meletakkan kaki di bawah ketika duduk di tempat duduk mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, dapat kita lihat sekumpulan pelancong sedang berada di dalam sebuah bas untuk pergi ke satu destinasi.

Namun apa yang membuatkan ramai kurang senang apabila dua lelaki berbangsa Arab tersebut selamba mengangkat kaki di atas kepala kerusi bas.


Disebabkan perkara itu, pemandu bas bertindak untuk menegur lelaki berkenaan dan memintanya meletakkan kaki di bawah.

Oleh kerana kedua-dua mereka tidak beradab, pemandu bas ‘naik hantu’ dan menjerit serta menghalau mereka keluar daripada bas.

Kelihatan juga seorang wanita yang dipercayai kenalan daripada dua orang lelaki itu cuba menenangkan mereka dan menghentikan perbalahan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyokong tindakan pemandu yang tegas apatah lagi bila memaklumkan kepada pelancong tersebut ‘Ini Malaysia!’.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar orang ramai lebih beradab apatah lagi bila berada di negara orang.

Antara komen warga maya:

“Dia belum tahu angin driver Malaysia.. sib baik driver tu okay.. kalau jumpa buku dengan ruas.. berkicap kau”

“Terbaik.. saya kena dekat langkawi masa dalam bot.. pak arab letak kaki celah2 kerusi antara saya dengan isteri.. saya ketuk guna batang tripod”


“Betul.. kita penuh dengan adab.. teruskan tugas murni bro…”

“Dia buat macam bapak dia punya bas pulak.. saya nak bas ke KLIA pun dia tak bagi bawa air.. takut kotor bas..”


Video yang tular di laman TikTok:

@rico_sibarani♬ suara asli Sibarani – Rico