Lelaki Misteri Tiba-Tiba Halang Jalan & Panjat Kereta, Komen Netizen Pula Bikin Dekah!

Dalam kehidupan seharian, kita akan temui pelbagai jenis manusia. Bak kata orang, rambut sama hitam, tapi hati lain lain malah kita sendiri tidak dapat menjangka apa niat sebenar mereka.
Iospital phone repair gombak
Benar kata orang, bahaya boleh datang dalam pelbagai bentuk. Terkadang di tempat yang kita rasa selamat pun boleh mengundang bahaya.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki dirakam sedang menghalang jalan dan memanjat kereta telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ft.sy_ di laman TikTok, kelihatan dia berada di laluan kampung yang tidak dikenal pasti akan lokasinya.

Bagaimanapun, dia terpaksa behentikan kenderaan di tengah-tengah jalan apabila terlihat seorang lelaki yang datang dari arah depan dan berhenti di depan keretanya.

Namun apa yang lebih mengejutkan adalah, lelaki misteri itu secara tiba-tiba memanjat bumbung keretanya.


Tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan siap ketuk tin biskut yang dibawanya sebaik saja turun dari kereta sebagai tanda.

“Saya okay je, cuma terkaku dan menggigil sebentar.” ujarnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meninggalkan reaksi yang lucu bahkan ada yang berseloroh mengatakan mungkin dia sedang mengikut waze yang memintanya untuk kekal terus.

“Akak kena tekan minyak berdiri masa dia atas bumbung, baru dia tahu langit tinggi rendah HAHAHAHAHA” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga berdekah melihatnya yang siap mengetuk tin menandakan telah turun daripada kereta tersebut.

Antara komen warga maya:

“Ni baru betul kaki langgar. Tarak goyang punya”

“Dia siap ketuk tin lagi isyarat dia dah selamat mendarat”


“Nasib dia tak hempuk cermin guna tin biskut tu”

 

“Huish sabarnya awak ye.. kalau saya jalan je terus… adoii selamba dia je pijak ehh macam tak ada pape ehh”


Video yang tular di laman TikTok:

@ft.sy_ saya okay je, cuma terkaku dan menggigil sebentar. 🤣 #sabarituindahhh #ujiandipagihari #fyp ♬ original sound – fatinnn_