“Mama tengah buat apa?” Suasana Pilu Bila Dua Anak Kecil Memeluk Tanah Kubur Arwah IBu

Kehilangan orang tersayang merupakan perkara yang terpahit untuk ditelan. Lebih-lebih lagi apabila kehilangan ibu tercinta buat selamanya.

Namun, sebagai manusia kita harus reda dengan ketentuan Ilahi.

Semua insan yang bergelar anak pastinya mahu membesar dengan membanggakan ibu bapa mereka demi membalas jasa melahirkannya di dunia.

Tetapi tidak semua kanak-kanak dapat membesar dengan kasih sayang seorang ibu. Di samping, melalui detik-detik termanis bersama kerana telah kehilangan ibu sejak kecil.

Itulah yang dialami oleh dua orang kanak-kanak yang menziarahi kubur arwah ibu mereka.

Menerusi video yang viral di Indonesia, dua orang kanak-kanak itu dilihat sedang menaburkan bunga di pusara ibunya dan ditemankan oleh ahli keluarganya yang lain.

Meski mereka tidak menunjukkan riak wajah yang sedih, tetapi telatah mereka yang polos itu membuatkan warga net yang melihat mereka berasa sebak.

Tidak cuma itu, mereka juga dilihat duduk bersimpuh dan membaringkan kepala di kubur tersebut sambil bertanya ‘khabar’ pada arwah ibu mereka.

Suasana menjadi semakin pilu dan menyayat hati apabila kedua anak kecil itu mendekatkan telinga mereka ke kubur tersebut dan memanggil-manggil ibu mereka dan memberikan salam.

“Mama, mama, halo mama, lagi ngapain ma?,” kata salah seorang dari kanak-kanak itu.

Sehingga kini, video tersebut telah menjadi tular di media sosial dan dibanjiri dengan komen-komen yang memilukan.Sejak video tersebut diposting hingga saat ini sudah mendapatkan 32 ribu like dan 900 lebih komen.

Banyak dari warganet yang ikut bersedih setelah melihat video tersebut dan memberikan doa untuk sang ibu maupun kedua anak itu.

Ramai netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap dua beradik itu, netizen turut mendoakan agar dua kank-kanak itu menjadi seorang anak yang soleh dan mendoakan ibu mereka di syurga.

Ada juga yang mengandaikan perasaan remuknya hati seorang bapa apabila melihat anak-anaknya merindukan ibu mereka sebegitu rupa.

“Itulah perpisahan yg paling berat disaat merindukan seseorang yg sudah tidak ada di dunia ini.” kata salah seorang netizen di ruang komen.