[VIDEO] Buang Kek Dalam Tong Sampah & Ugut Nak Viralkan Sebab Tak Ada Rasa, Wanita Luah Rasa Kecewa

Di saat Perintah Kawalan Pergerakkan diadakan, semestinya ramai yang ingin menjana pendapatan dari sumber perniagaan tatkala kebanyakan pekerja dibuang.

Namun, tidak semua individu yang berniaga meraih keuntungan dengan cepat dalam sekelip mata.

Semestinya setiap individu yang berniaga mempunyai pengalaman dan keuntungan yang berbeza.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang peniaga kecil iaitu Ain Syaf di laman Facebook telah memuat naik satu posting yang meruntun hatinya sebagai peniaga kecil.

Beliau yang sememangnya menggunakan platform tersebut sebagai punca pendapatannya sentiasa berkongsi maklum balas dari pelanggan yang membeli kek darinya.

Namun, apa yang beliau tidak sangka apabila ada salah seorang dari pelanggannya telah mengugut untuk membuang kek yang diterima ke dalam tong sampah.

Dengan itu, Ain Syaf telah menjelaskan tentang kek bajet tersebut dan bukti dia diugut oleh pelanggannya itu.

“Sebelum kamu tengok video ni kamu baca sampai habis dulu guys . Kek yang saya jual kek bajet RM10 , ni first cust Sy komplen kek tiada rasa .

“Tak tau lah dia ni sudah berus gigi kh belum sampai dia cakap nda ada rasa. Kek yang kami jual semua baru bakar.

“Bahan semua saya guna yang sedia putar sahaja , tiada tambah² gula lagi . Saya pun tidak tahu lah cust ni sengaja mau buat live malukan kami atau sebaliknya , total jumlah yg dia beli rm20 UTK 2 biji kek .

“Kamu rasa berbaloi kah saya jual kek rm10 lepas tu saya penuhkan filling kek tanpa Fresh cream ? Sudah saya bagitau awal² saya jual kek bajet , bukan kek premium guys.”

Wanita itu mengakui bahawa dia agak terkilan dengan sikap seorang pelanggannya yang tergamak membuang kek yang dibelinya ke dalam plastik sampah.

Menurut Ain Syaf, dia telah menerima kiriman WhatsApp daripada pelanggan berkenaan yang memaklumkan kek tersebut langsung tidak mempunyai perisa dan hanya rasa gula icing sahaja.

Video yang dikongsikan oleh pembeli tersebut

Tambah Ain lagi, selama dia menjual kek, individu ini adalah pelanggan pertama yang mengadu kek ‘bajet’ berharga RM10 itu tiada rasa.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku ke atas wanita tersebut.

“Saya sebenarnya tak nampak bahagian mana yang dia dah rasa. Biasa kan kita potong baru dapat rasa. Ulang2 saya tengok. Seller pun dah declare ini kek budget. Semoga baik2 saje semua.” komen Siti Faeza.

“Sabar sis.. Ujian berniaga.. InsyaAllah 1 rezeki hilang beribu REZEKI Allah datang.. InsyaAllah amin” komen Adibah Razali.