Lelaki Buat Signal Manual Ikut Bumbung Kereta Tarik Perhatian Netizen

Signal merupakan komponen yang paling penting untuk apa pun jenis kereta yang berada di atas jalan raya. Bukan sahaja untuk mengelakkan sebarang kemalangan berlaku malah ianya juga dapat menyelamatkan nyawa insan yang tidak bersalah.

Namun kini kesedaran memberi signal seolah-olah sukar untuk diterapkan di dalam kalangan masyarakat seolah-olah signal itu perlu dibeli berasingan dengan kereta. Manakan tidak, benda free pun susah untuk digunakan.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ni dimana signal kereta seorang pemuda ini dikatakan rosak mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @asrafusop, kelihatan dia mempunyai ‘cara’nya tersendiri untuk memberi signal.

Dapat kita lihat, lelaki ini dengan selamba keluar dari bumbung dan menunjukkan signal gaya manual tersebut dan nyata membuatkan raknnya yang berada di kereta lain berdekah melihatnya.

“Kadang2 kita kena guna cara lama untuk memudahkan urusan orang belakang..” katanya di ruangan kapsyen

Video yang tular di laman TikTok:

@asrafusop Kadang2 kita kena guna cara lama untuk memudahkan urusan orang belakang…#AlwaysPositive #fyp #mdm #bilasemuacrack ♬ Dj BonBon Remix – ⚡ || •

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 428.2K tontonan, 44.6K tanda suka, 515 komen dan 666 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagatnya yang ‘terlebih berhemah’ dan warganet juga kagum melihat usahanya demi keselematan diri sendiri dan orang lain.

Bukan itu sahaja, para netizen juga berseloroh mengatakan bahawa perasaan malu itu jatuh nombor 2, yang penting adalah keselematan.

Antara komen warga maya:

“Memang lawak. Tapi saya respect sebab masih boleh bagi signal untuk keselamatan diri dan orang lain”

“Signal manual gitteuw. Jika signal original rosak..Terbaik”

“Hope ada sambungan nak tengok part kalau time hujan macam mana gayanya tu”

“Keselamatan penting malu tolak tepi”