Perkahwinan sudah tentu merupakan saat yang menjadi impian setiap pasangan. Di dalam proses perkahwinan, akad nikah merupakan salah satu saat yang paling getir dan mendebarkan sang pengantin khususnya pengantin lelaki.

Melalui si wali, dengan satu genggaman tangan sahaja dan luahan akad nikah ‘Saya Terima’ sudah cukup menggetarkan lutut si lelaki tersebut.

Tidak dinafikan, ada juga tok kadi yang gemar menanyakan soalan ‘cepumas’ pada pengantin bagi memastikan kedua mempelai sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dan peranan masing-masing sebagai suami dan isteri.


Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki selamba menjawab pertanyaan tok kadi mencuri perhatian ramai.


Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @khalifastudios, seorang tok kadi dengan niat ingin meredakan rasa gemuruh seorang bakal pengantin lelaki mengajukan soalan kepada jejaka itu tentang keinginannya untuk mempunyai anak, dan anak bagaimana yang dia inginkan.

“Setelah bernikah, ingin ada anak?” tanya tok kadi kpad apengantin lelaki tersebut

“Iya… (anak yang) soleh dan solehah.” jawab pemuda itu tenang

Usai menjawab pertanyaannya itu, pengantin lelaki sekali lagi diajukan soalan ‘panas’ dimana adakah dirinya sudah menghafal doa yang perlu dibaca sebelum melakukan hubungan suami isteri.

Namun dengan spontan dia mengaku belum menghafal doa tersebut dan mungkin hanya akan membaca ‘Bismillah’ sahaja.

Video yang tular di laman TikTok:

@khalifastudios Semangat menuju halal lurr 🚀 #wedding #penghuluviral #weddingtiktok #nikah ♬ original sound – KHALIFA STUDIOS

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 12.5M tontonan, 1.4M tanda suka, 14K komen dan 37K perkongsian di applikasi TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat tok kadi yang sakan mengusik pengantin lelaki dengan bertanyakan soalan-soalan tersebut.

“Malu kan, apa lagi kalau dibahas depan orang ramai”- Netizen

Bukan itu sahaja, malah para netizen juga kasihan melihat pengantin lelaki yang ‘nervous’ menjawabpersoalan tok kadi itu.

Berikut merupakan komen daripada warga maya:


Siapa yang plan nak mendirikan rumah tangga tu dah boleh buat persediaan daripada sekarang, takut nanti tak boleh jawab pula kalau ‘ditembak’ dengan soalan cepumas macam ni.. hehehe