“Malas nak terbang” Motor Bergerak Sendiri Tapi Tiada Penunggang Buat Netizen Meremang Bulu Roma

Kewujudan makhluk halus sememangnya tidak dapat kita sangkalkan. Ada yang mampu menunjukkan sosok tubuhnya dan ada juga yang hanya memberikan ‘hint’ untuk memaklumkan bahawa mereka ada berdekatan dengan kita.

Sering kali kita dengar, ada yang berikan hint melalui bau-bauan, melalui mimpi, dengar bayi menangis, guli yang jatuh, bunyi tapak kaki dan sebagainya malah ada juga yang memberikan hint dengan mengalih-alihkan barang.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana motorsikal dilihat bergerak sendiri di sebuah kawasan rumah yang tidak dikenal pasti lokasinya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @tantrytresna14, rakaman CCTV pada awalnya menunjukkan suasana malam di kawasan perumahan.

Tiba-tiba ada satu cahaya kenderaan dan menyangkakan ianya kenderaan milik tuan rumah yang pulang dan ingin parkir kenderaan tersebut di hadapan rumah.

Namun siapa sangka, sebuah motorsikal yang tiada penunggang melewati kawasan rumah tersebut bahkan ianya sekaligus mengundang seram warga netizen.

“Biasanya suka lihat di filem horror, sekarang real lihat didepan rumah” ujarnya di ruangan kapsyen.

Video yang tular di laman TikTok:

@tantrytresna14Biasanya suka liat difilm horor ternyata depan rumah juga bisa kejadian ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

@tantrytresna14♬ suara asli – Tantry

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui seram malah ada juga yang berseloroh mengatakan hantu pada zaman kini sudah malas untuk terbang dan hanya menggunakan motorsikal sahaja

Antara komen warga maya:

“ambii pandai pulak dia bukak lampuu.. ada lesen ke tak tu bawak motor”

“sejak2 habis ramadhan ni macam2 ragam diorang ni lepas geram..”