Bagi Selipar Pada Warga Emas, Pemuda Ini Tidak Hanya Berstokin Tunggang Motorsikal

Terdahulu, tular seorang budak lelaki yang baik hati membelikan seorang pakcik gelandangan sepasang selipar malah dia dilihat berulang alik masuk ke dalam kedai serbaneka demi membeli selipar yang sesuai dengan saiz kaki pakcik tersebut.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki yang sedang menunggang motorsikal kemas berkemeja putih memberikan sepasang kasut kepada seorang pakcik tua.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @judedina_, dapat kita lihat budak lelaki tersebut memberikan seliparnya kepada warga emas yang kelihatan agak bongkok dan uzur.

Lebih mengharukan adalah dia tidak kisah untuk hanya memakai stokin ketika menunggang motorsikal demi membantu pakcik tersebut.

Seorang wanita yang dipercayai kakaknya mendedahkan adiknya itu merupakan seorang yang sangat baik dan suka untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan.

“adik saya ni, dia memang la sangat baik. Terlalu baik! sangat suka menolong orang, dia memang menghormati orang lagi2 parents n orang tua” ujarnya di ruangan komen

Video yang tular di laman TikTok:

@judedina_ GOOD MORNING AND HAVE NICE DAY Sesiapa Jumpa Brader Melayu Salute dia ok 🙋🏼‍♂️Brader ni Bantu #Sliper dia Untuk Uncle #India ❤#CBP6298 #gombak #batucaves #125zhitam #KLWeAreNotRacist 🤟 ♬ original sound – JUDE

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap anak muda yang menolong orang yang dalam kesusahan tidak kira agama bangsa dan kaum.

Bukan itu sahaja, netizen juga bangga dengan didikan ibu bapa pemuda tersebut sehinggakan anaknya mempunyai tahap simpati yang tinggi terhadap orang lain.

Berikut merupakan komen warga maya:

“didikan ibu bapa mencerminkan adik ni.. terbaik dik..”

“inilah apa yang ada sepatutnya dalam kalangan rakyat Malaysia..bro ni menyebarkan kecintaan kepada perpaduan..”