“Maknya pun…” Drama Budak Lelaki Nak Lari Rumah Undang Dekah Netizen, Cara Ibu Pujuk Pula Jadi Perhatian

Macam-macam ragam anak yang sedang membesar ni. Sampai pening kepala ibu ayah nak melayannya kadang-kadang.

Iospital phone repair gombak

Ada yang nakal buas bermain, ada pula yang cepat sentap dengan orang tua mereka sehingga membuatkan kita yang melihat kerena mereka terhibur!

Persis kisah yang dikongsikan oleh @yusmalisa_shazrenda di TikTok di mana anak lelakinya nekad ingin lari rumah.

Menurut ibunya itu, drama nak lari dari rumah sudah selalu dialaminya sehingga 3 kali seminggu!

Menerusi perkongsian rakaman itu, dilihat budak lelaki itu gigih mengemas pakaian ke dalam beg galasnya, konon ingin lari dari rumah.

Lebih kelakar, beg galas yang digunakan pun masih baru dan masih belum ditanggalkan tanda harganya!

Dia kemudiannya mencapai basikal di luar rumah, membuatkan si ibu mengejar sambil merakam gelagat anaknya, Qasy.

Selepas menaburkan janji manis ingin membeli PlayStation 5, akhirnya si cilik berjaya dipujuk dan masuk semula ke dalam rumah.

Sehingga kini, video lucu berkenaan telah berjaya mengutip jumlah tontonan sehingga 959.3 ribu manakala meraih sebanyak 81.9 ribu tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memberikan komen berbaur jenaka malah terhibur dengan gelagat budak lelaki ini bersama ibunya.

Malah, ramai juga yang boleh relate situasi ini kerana mereka turut pernah cuba lari dari rumah gara-gara merajuk dengan ibu mereka.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“cute nya dia😭”

“Mcm adik aku dlu nk lari rumah. Pkul 630 ptg lari, 730 balik semula sbb mghrib dia ckp tkut n byk nyamuk”

“”Can you not make fun of me” punya betul terluka 😳😂🥺”

“Where did we as kids learn to lari rumah from hahaha like everyone has this kind of story 💀💀”

“kena bawok laptop esok ada online class😭😭😭😭”

“okaylah tu dik boleh bawak bincang lagi, dulu mak akak sendiri bukakan pagar untuk akak 😂”

Video yang tular di laman TikTok

@yusmalisa_shazrenda Rindu dengan drama ‘nak lari dari rumah’ dia. #qasyqaiser ♬ original sound – yusmalisa shazrenda – PERLA LEGACY