“Sebelum ni ingat bapak” Video Tular Pengantin Perempuan Diangkat Ayah Rupanya Pakcik Saudara, Anak Arwah Adik

Seperti yang ramai sedia tahu, kekasih pertama dalam hidup anak perempuan ialah ayah. Tiada lelaki pun yang dapat menandingi sayang seorang ayah terhadap anaknya.

Iospital phone repair gombak

Bagi anak perempuan yang rapat dengan sang ayah, pasti mahukan insan istimewa itu untuk sentiasa berada di sampingnya terutama sekali pada hari bahagia.

Baru-baru ini tular satu rakaman di mana seorang pengantin perempuan diangkat ayahnya meredah hujan serta paras air yang naik di halaman rumah.

Yang membuatkan ramai terharu, lelaki itu sanggup mengangkat anaknya dek kerana tidak sangup melihat puterinya kebasahan ke jinjang pelamin.

Lebih menyedihkan, pengantin perempuan turut sempat menitiskan air mata gara-gara sebak dengan pengorbanan dan jasa lelaki itu pada hari istimewanya.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok itu, lelaki tersebut kemudiannya berpatah balik ke dalam rumah, meredah lecah dan hujan untuk mengambil bunga tangan pengantin.

Bagaimanapun, semalam tular satu lagi video rupa-rupanya hubungan pengantin perempuan dengan lelaki itu bukanlah anak beranak tetapi anak dan bapa saudara.

Menurut Zadeea Asma, juga ibu saudara kepada pengantin perempuan dan isteri kepada lelaki berkenaan, ayah pengantin itu sudah meninggal.

Oleh itu, suaminya lah yang menggalas tanggungjawab sebagai ayah terhadap anak arwah adiknya. Menunjukkan kasih sayang sepatutnya kepada pengantin tersebut.

“Alhamdulillah… tanggungjawab bapa saudara kepada anak saudara yang telah kematian arwah bapa telah selesaikan. Sedih tgk situasi ini. Betapa kasihnya suami terhadap anak arwah adiknya.” tulis wanita itu.

Ketika meneropong ke ruangan komen, rata-ratanya sebak melihat jasa lelaki itu terhadap anak saudaranya selain tumpang bahagia.

Dalam pada itu, menggamit memori sesetengah individu yang sudah kehilangsan insan bergelar ayah dalam hidup mereka.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“utk sang suami, lihat la sang ayah begitu syg pada anak perempuannye.semoga sang suami melayan si isteri seperti mana sang ayah.sihat slalu pakcik.”

“Sape je tak nangis ayah sndiri angkat time nak nikah 🥺”


“The way ayah awak ckp “bunga mana bunga..” arrhh nak nangess 😭”

“nangis saya tengok kak…nangis sbb takde bapak mcm nie HAHAHAHAHAHAHAHA”

“tak membesar dgn kasih syg ayg tpi bila tngok org lain dpt kasih syg ayh sllu paling menyentuh hati”

Video yang tular di laman TikTok

@oohlysa this video that i recorded before the akad nikah really makes me wanna cry 😭😭😭 @• Awin • #banjir ♬ Sempurna – DENII

@zadeema_asmaAlhamdulillah…tanggungjawab bapa saudara kpd anak saudara yang telah kematian arwah bapa telah selesaikan. Sedih tgk situasi ini. Betapa kasihnya suami terhadap anak arwah adiknya.♬ Semoga Abadi – Misha Omar