Bukan Kaleng-Kaleng… Kain Kafan Tenun Dijual RM220 Semeter Untuk Jenazah Bangsawan!

Dalam upacara pengebumian Islam, mayat wajib dikafankan selepas dimandikan dan sebelum disolatkan. Proses pembalutan mayat menggunakan kain kafan ini digelar ‘takfeen’.

Iospital phone repair gombak

Manfaatnya adalah untuk memelihara kehormatan dalam proses membalut mayat menggunakan kain supaya bahagian sulitnya tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Maka itu, jelaslah fungsi utama kain kafan adalah untuk menutupi bahagian badan jenazah. Pun begitu, lain pula yang terjadi ni negara jiran, membuatkan ramai tergamam!

Di daerah Jeneponto, Sulawesi Selatan, kain kafan bukan sahaja menjadi pakaian terakhir jenazah, malah kain kafan tenun atau disebut Tope berjaya dipelbagaikan untuk dijadikan produk oleh pengusaha.

Memetik dari artikel oleh Suara.com, kain kafan berkenaan dijadikan pakaian, jubah, tudung, beg juga kipas.

Menurut seorang usahawan, Suryani, kain kafan tersebut diperbuat daripada kapas sebenar yang dipintal menjadi benang, seperti kain kasa.

Nilai bagi semeter kain kafan tersebut bernilai IDR 750 ribu (RM220).

“Orang di Jeneponto memanggil kain kafan ini atau bahasa tempatannya Tope. Proses penghasilannya mengambil masa dua bulan untuk satu pakaian, jadi mahal,” katanya.

Sebelum ini, kain kafan tenunan ini digunakan untuk membaluti jenazah keturunan bangsawan.

Bagaimanapun, dek kerana harganya yang mahal, orang ramai beralih kepada kain putih biasa.