“First time Maream jumpa Ibu” Ally dan Isteri Hantar Farah Lee dan Anak di Lapangan Terbang

Selebriti popular Ally Iskandar yang baru saja melangsungkan perkahwinannya semalam dilihat menghantar bekas isteri dan anaknya di lapangan terbang.

Menerusi muatnaik di Facebook, Farah dan Maream akan berlepas ke United Kingdom di mana tempat Farah melanjutkan pelajaran.

Menurut Farah, ini adalah kali pertama Maream berjumpa ‘ibu’ iaitu isteri baru Ally Iskandar.

Farah juga sempat mendoakan rumahtangga yang baru dibina oleh Ally Iskandar dan mendoakan mereka cepat mendapat anak.

 

“Penantin baru hantar #ommaream balik UK . First time Maream jumpa Ibu tapi kalut2 tadi terlupa nak ambik gambar berempat 

“Barakallahufik to both Daddy and Ibu. Moga mendapat dan membagi sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga.

“Dan berkekalan hingga Syurga. Cecepat bagi Maream baby brother okay.? Kurang sket pressure omma 

“Anyway, thanks semua for sending us off (termasuk yang di belakang gambar).

“Terima kasih Malaysia walaupun tak terima kasih sangat sebab balik busy buat assignment, collect data masters thesis and settle @ommaesabel  Till we meet again taktau again tu bila 

“[4years10months] #mareamesabel #ommaream #mareamdaddy #OEbalikMALAYSIA”

Rata-rata netizen memuji sikap baik Ally Iskandar yang sanggup mengorbankan masa untuk menemani anaknya itu sebelum berlepas ke UK.

Baca: Ally Iskandar Kahwin Gadis Temerloh

Sikap profesional di antara Farah dan Ally demi anak membuatkan peminat terharu dan mengharapkan hubungan baik seperti ini dicontohi oleh semua orang.

Semalam, ally Iskandar telah melangsungkan pernikahannya dengan gadis dari Temerloh, Pahang.

Farah Lee turut mengucapkan tahniah buat kedua-dua mempelai dan mendoakan mereka cepat menimang cahaya mata.

Semoga Farah dan Maream selamat sampai ke United Kingdom.