Mahu Tackle Anak Dara Fauzi Nawawi? Ini 3 Syarat Kepada Lelaki Yang Menaruh Hati

Fauzi Nawawi, pelakon popular Malaysia mengakui bahawa dia tiada masalah sekiranya ada yang berhasrat memperisterikan anaknya yang cantik manis. Hanna Faresha.

Walaubagaimanapun, lelaki tersebut haruslah memenuhi tiga kriteria yang ditetapkan beliau.

“Fasal siapa yang jadi menantu saya, saya tak pernah halang…kalau dah sampai jodoh dia. pilihan dia dan apa yang terbaik untuk dia, saya ikut.

“Tapi kriteria yang dipandang saya pertama, mestilah tahu baca al-Quran, kedua tahu agama dan ketiga mesti berpendapatan tetap.“

“Sekiranya, lelaki itu berada dalam industri sekalipun, kalau dia bersungguh-sungguh saya tidak akan halang,” kata Fauzi Nawawi.

Fauzi juga berkata yang beliau seronok apabila ada anak-anaknya yang ‘dikenali’ orang ramai.“Suka je kalau mereka ada dalam industri, lagipun bukan dia (Hanna) je yang orang kenal, yang penyanyi tu pun (Fareez) pun ada juga.

“Saya suka sebab kalau pergi mana-mana akan diberi keutamaanlah macam artis juga,” katanya lagi.Sebelum ini, anak Fauzi, Fareez Hazwan juga pernah mendapat perhatian netizen apabila menjuarai program Mentor Millenia pada tahun 2016 lalu.

Inilah Dia Anak Gadis Fauzi Nawawi Yang Mulai Viral Iaitu Hanna Faresha, Cantiknya!

Sebelum ini, kejayaan cemerlang anak gadis Fauzi Nawawi dalam peperiksaan SPM mencuri perhatian ramai. Memperoleh 10A sememangnya satu keputusan yang boleh membuatkan bapanya tersenyum bangga.

Anak gadis Fauzi Nawawi bernama Hana ini kini berusia 19 tahun. Hanna adalah anak hasil perkahwinan Fauzi dan bekas isterinya yang terdahulu sebelum Lisdawati.

Sebelum ini, aktres Lisdawati yang baru saja menimang cahaya mata bongsunya pada hujung Julai lalu ada memuat naik foto bersama anak tiri, Hanna Faresha bersempena dengan majlis graduasi remaja berkenaan.

Gadis berusia 19 tahun itu mulai diperkatakan netizen. Tidak kurang yang memuji paras Hanna sekali gus membuatkan dirinya kian dikenali ramai.

Menurut Fauzi, Hana sedang melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan di Malaysia.Selain daripada keputusan cemerlang, apa yang lebih mencuri perhatian netizen adalah rupa paras Hana yang memang boleh membuatkan para jejaka di luar sana terliur!

Hanna merupakan anak kepada aktor Fauzi Nawawi hasil perkahwinannya yang terdahulu. Sebelum ini, Hanna pernah mencuri tumpuan apabila memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM.

Mohd Fauzi bin Mohd Nawawi, lahir pada 7 Mac 1973 atau lebih dikenali sebagai Fauzi Nawawi mula dikenali dengan watak antagonis dalam filem Anak Halal sebagai Jeff serta peranan ulangan dalam Gerak Khas.

Beliau memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Drama ASK 2010 menerusi Sebelum Akhirat.

Fauzi memulakan kerjaya pengarahan menerusi filem sulung arahannya, Pak Pong yang ditayangkan pada Februari 2017.

Fauzi Nawawi memulakan langkah dalam bidang seni dengan menjadi pelakon lagak ngeri bagi beberapa produksi drama dan pembikin VCD. Selain itu, beliau turut menjadi krew produksi dan pembantu pengarah drama pada 1998.

Pada 2001, beliau mula mendapat tempat di mata pengarah dengan menjadikan beliau pelakon utama, dengan memegang watak antagonis. Nasib beliau dalam drama cerah apabila mendapat tawaran berlakon dengan pelbagai watak.

Rezeki akhirnya menyebelahi beliau apabila beliau dinobat Pelakon Lelaki Terbaik ASK 2010 dan Anugerah Seri Angkasa 2010 menerusi drama Sebelum Akhirat.

Hasil daripada lakonan beliau dalam drama, beliau mendapat tawaran menjadi pelakon utama filem Orang Minyak.

Fauzi Nawawi pernah tercalon untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Anak Halal.