“Dia jutawan atau tidak saya tidak tahu kerana..” Beri Hint Bakal Nikah, Nelydia Dedah Pekerjaan Kekasih

Pelakon cantik Nelydia Senrose dikatakan memberi isyarat bakal menamatkan zaman bujang dan bergelar isteri pada hari esok, Sabtu.

Di dalam satu posting di Instagram, Nelydia memuat naik foto bersama seorang lelaki dipercayai kekasihnya yang dikenali sebagai Hafiz dengan kapsyen mahu bertemu di hari pernikahan.

“I shall see you tomorrow on our nikah day? (Saya akan jumpa awak esok pada hari nikah kita?),” tulisnya.

Gara-gara perkongsian itu, foto tersebut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat dan pengikutnya.

Malah, rakan-rakan artis juga tidak ketinggalan meninggalkan komen mendoakan urusan bakal pengantin ini dipermudahkan.

“Be happy my Amani, semoga sampai ke Jannah, semoga segalanya dipermudahkan,” tulis Daler Yusuf.“Tahniah Nely,” kata Ika Nabella dan Elisya Sandha pula.

Nelydia diraikan dalam satu majlis ‘bridal shower’ awal Mac lalu.Manakala, kakaknya iaitu Uqasha Senrose hanya meninggalkan emoji ‘love’ di ruangan komen.

Foto berserta tanda pagar #myotherhafeznel itu menerima lebih 50,000 tanda suka dan hampir 700 komen.

Pada 3 Mac lalu, pelakon drama Encik Suami Mat Salih Celup ini telah diraikan dalam satu majlis ‘bridal shower’ di sebuah hotel di ibu negara.

Pemilik nama penuh Nik Zaris Nelydia Nik Senrose, 24, itu menjalinkan hubungan dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz sejak April 2018.

Nelydia Senrose mengakui tidak tahu mengenai status kekasihnya bernama Hafiz yang didakwa merupakan seorang jutawan.Menurut Nelydia, kekasihnya itu merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Pantai Timur.

“Dia jutawan atau tidak saya tidak tahu kerana saya tidak pernah cek akaun bank dia.

“Apa yang saya tahu dia merupakan seorang ahli perniagaan dan dibesarkan di Kuala Lumpur.

“Buat masa sekarang hubungan kami masih diperingkat awal dan tidak banyak sangat saya mengetahui pasal dirinya.

“Saya berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik bagi hubungan kami dan jika ada berita gembira saya akan kongsikan secara terbuka kepada semua orang,” katanya.

Semoga Nelydia berbahagia bersama pasangannya dan segala majlis yang telah diaturkan berjalan lancar.