Jalan Kaki Seorang Diri, Gelagat Isteri Pujuk Suami Merajuk Buat Ramai Terhibur

Terdahulu pernah tular di media sosial dimana seorang wanita turun daripada motor merajuk berjalan seorang diri sehingga pasangannya terpaksa dukung dan meletakkannya di atas motor semula bahkan ia membuatkan ramai yang terhibur.

Iospital phone repair gombak

Manakan tidak, netizen menyifatkan seorang wanita dan merajuk sememangnya tidak dapat dipisahkan.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita memujuk pasangannya yang sedang merajuk telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @rogu_fighter, dapat kita lihat seseorang sedang merakam situasi ketika pasangan tersebut berada di sebuah jalan raya.

Pada awalnya kelihatan lelaki tersebut berjalan seorang diri di tepi jalan namun datang seorang wanita yang sedang menunggang motosikal itu seolah-olah sedang memujuk pasangannya.


Wanita itu dilihat ikut secara perlahan sambil bercakap dengan pasangannya itu untuk naik ke atas motor.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pelbagai reaksi malah ada yang membandingkan gelagat lelaki dan perempuan merajuk.

Menurut netizen, untuk memujuk lelaki yang sedang merajuk tidaklah memerlukan masa yang lama seperti wanita yang sedang merajuk.

“Bagus, bagi mereka perah idea sikit pujuk” – Netizen

Tidak cukup dengan itu, netizen akui situasi tersebut jarang berlaku malah mereka berdua kelihatan sangat comel.

Antara komen warga maya:

“Suami merajuk sekejap je.. kalau bini merajuk haaa ambil ko sampai 2 3 hari”

“Abang merupakan wakil kepada semua kaum lelaki.. syabas..”


“Ni mesti kes tak bagi pergi mancing”

“Haaa macam ni la aku.. sikit2 kene pujuk laki aku.. sabar jela jadi perempuan”

“Seekali kena lah bagi bini rasa macam ni kita memujuk dan mengalah kan..”

“Zaman dah terbalik”


Video yang tular di laman TikTok:

@rohu_fighter jaga la laki elok2 #fyp ♬ original sound – Rohu Liar✅ – cerita viral✅✅✅✌️✅