Luah Menantu Tak Capai Piawaian, Wanita Ini ‘Disekolahkan’ Oleh Pendakwah Buat Netizen Puas Hati

Seringkali kita dengar tentang ibu mertua dan menantu yang ‘tidak sebulu’, ada sahaja yang tidak kena dan hendak ‘bertegang urat’. Benar, dalam dunia realiti memang ada mertua yang seakan seperti watak Sabariah dalam cerita ‘Ibu mertua-ku’.

Terkadang, ibu mertua sangat ingin menantu yang ‘perfect’ sehinggakan dia terlupa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna dan masing-masing memilki kekurangan yang tersendiri.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang bernama Anti meluahkan rasa kecewanya apabila anaknya menikahi seorang wanita yang dikatakan ‘tidak sesuai’ dengan apa yang diinginkan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @gossipnesia di Instagram, kelihatan dia berada di sebuah rancangan ilmu televisyen iaitu Siraman Qalbu yang juga dihadiri beberapa penonton. Anti memaklumkan pada awalnya dia mengizinkan perkahwinan tersebut namun setelah bernikah, dia menyedari bahawa menantunya itu tidak seperti apa yang diharapkan.

“tapi setelah bernikah, tidak sesuai dengan yang saya harapkan..tak sesuai lah..tidak menurut apa yang saya inginkan..” ujarnya.

Mendengar perkara tersebut, pendakwah wanita ini tampil memaklumkan bahawa tiada manusia yang sempurna malah sebagai orang tua, kita tidak boleh mengharapkan menantu yang 100% sempurna.


“Yang harus kita ketahui khususnya Puan Anti, Umumnya semua, yang namanya orang, peribahasa mengatakan rambut sama hitam, pendapat berbeza-beza. Jangan kita sebagai orang tua berharap menantu 100% sesuai keinginan kita..sampai kiamat anda tak akan jumpa. Jangan kata menantu, diri kita ada yang sempurna tak? tak.” Jelas pendakwah ini

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ‘takut’ mendengar luahan Puan Anti mengenai menantunya itu, ada juga netizen mengakui itu antara sebab mereka takut untuk mendirikan rumah tangga.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga menyokong apa yang diperkatakan oleh pendakwah tersebut malah ‘puas hati’ apabila wanita tersebut ‘dibasuh’ Pendakwah hebat ini.

Antara komen warga maya:

“mertua puan dulu juga menyesak agaknya ada menantu macam puan”

“bersyukur bukan aku yang jadi menantu kau”


“tengok wajah puan sudah meyakinkan sejenis yang suka mengatur orang”

“tak terbayang perasaan menantunya kalau lihat mertua bicara seperti itu di depan umum”


Video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GOSSIPNESIA (@gossipnesia)