Sarat Mengandung 6 Bulan, Pelakon ‘Eiffel, I’m In Love’ Dijemput Ilahi

Saphira Indah yang pernah popular dengan memegang watak Uni menerusi filem ‘Eiffel I’m in Love’, telah pergi menghadap ilahi akibat jangkitan paru-paru, semalam.

Melly Goeslow, komposer dan penyanyi popular Indonesia, berkongsi berita sedih itu di laman sosial Instagram miliknya.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Selamat menghadap Allah SWT Saphira Indah, kami akan mengenangmu Uni sayang,” tulis Melly.

Dalam pada itu, media Indonesia melaporkan, suami Saphira, Rico Hidros Daeng berkata, Saphira yang hamil enam bulan sangat menjaga kesihatan dan melakukan pemeriksaan di hospital hampir setiap bulan.

“Namun sejak lima hari lalu, dia sering mengeluh sesak nafas. Semalam, ketika di bilik tidur dia mengeluh sesak nafas yang terus dan minta dibawa ke hospital.

“Ajal setiap orang berbeza, ada yang tiba-tiba meninggal ketika sedang duduk. Kita tidak boleh jangka bila ia akan berlaku,” kata Rico.

Jenazah Saphira dikebumikan di Tanah Perkuburan Budi Darma, Tanjuk Priok, Jakarta Utara pada jam 10 pagi (waktu Indonesia Barat).

Selain filem Eiffel I’m In Love, pelakon asal Bandung itu turut membintangi filem Virgin 3: Satu Malam Mengubah Segalanya (2011), Poconggg Juga Pocong (2011), Rumah Kosong (2014) dan Villa 603 (2015).

Sinetron yang pernah dibintangi Saphira adalah Aku Ingin Hidup (1999), Aladin (1999), Tendangan Si Madun (2012), Laila Majnun (2012), Takdir Cintaku (2012), Kharisma (2012), Raden Kian Santang (2012) dan Ganteng Ganteng Serigala (2014).

Saphira Indah Julianti (lahir 26 Julai 1986 di Bandung, Indonesia) merupakan seorang Pelakon wanita yang berasal dari Indonesia. Ia memulakan debut lakonannya menerusi filem Eiffel I’m in Love pada tahun 2003.

Eiffel I’m in Love ialah filem drama remaja romantis tahun 2003 dari Indonesia mengenai konflik antara remaja dan orang tua.

Dibintangi oleh Samuel Rizal dan Shandy Aulia sebagai watak utama. Filem ini diadaptasikan novel karya Rachmania Arunita berjudul Eiffel I’m in Love.

Beberapa pelakon turut membintangi filem ini iaitu Titi Kamal, Helmy Yahya, Didi Petet dan Hilda Arifin.

Filem ini memenangi MTV Indonesia Movie Awards 2004 bagi kategori “Filem Kegemaran” dan menerima pencalonan untuk “Filem Terbaik”

Trailer Eiffel I’m In Love: