Lelaki Ini Belanja RM45 Ribu Untuk Wajah Seiras Hael Husaini?

Seorang lelaki yang menggunakan Instagram bernama Adam Zainee memiliki wajah yang seiras dengan penyanyi terkenal tanah air, Hael Husaini. Kisah Adam ini menjadi viral di laman sosial apabila netizen mengetahui wajah beliau yang seiras wajah Hael Husaini itu.

Menerusi Instagram @adamzainee_ dia mengakui telah menghabiskan wang sebanyak RM45 ribu  untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. Katanya pembedahan tersebut bagi membuatkan wajahnya menjadi sama dengan Hael Husaini.

Walaubagaimanapun beliau memberitahu kepada mStar Online posting itu hanyalah sekadar gurauan untuk memberi sindiran kepada ‘makcik bawang’ yang tidak habis-habis mengatakan hal tersebut kepada di laman Instagramnya.

“Sebenarnya, ia hanya teknik solekan yang menampakkan wajah saya seperti dia. Selain, penampilan yang lebih kurang sama.”

Ada netizen yang menganggap Adam cuba mencari publisiti dengan mengeluarkan kenyataan itu.