Beberapa hari yang lepas, Linda Onn meluahkan perasaannya di Twitter berkenaan peniaga tepi jalan. Di dalam tweet tersebut Linda menyatakan bahawa peniaga zaman sekarang dengan senang lenang dapat berniaga di tepi jalan tanpa perlu membayar sewa sehingga RM9,000-RM10,000 berbanding dengan beliau yang terpaksa membayar sewa untuk membuka kedai.
Bayar sewa kedai sampai 9-10 ribu.. bukak macam ni je orang ramai sewa tak payah bayar. Nak start beli payung pacak meniaga tepi jalan la esok. Overhead murah. Grease trap..lesen semua tak payah fikir. Way to go MPAJ! Malaysia boleh! pic.twitter.com/87soZcCCBr
— Linda Onn (@LindaOnn) August 10, 2018
Selang beberapa hari kemudian, seorang peniaga mendakwa gerainya telah disita oleh MPAJ. Di dalam tweet pemilik gerai tersebut menyatakan bahawa gerainya telah disita dan berterima kasih kepada Linda Onn dan mengatakan MPAJ sudah pun menjalankan tugas mereka.
@LindaOnn Terima Kasih Kak Linda ☺️ ini pengalaman saya dan saya bersyukur kalau kami ada pendapatan lebih kami pun ingin memiliki kedai sendiri MPAJ sudah Melaksanakan tugas… pic.twitter.com/7RgR6YJR8f
— Amirul Dzulkarnain (@AmirulDzulkarn9) August 12, 2018
Kebanyakan warga maya twitter menzahirkan rasa simpati kepada pemilik gerai tersebut. Malah ada yang menyalahkan Linda Onn seolah-olah Linda menjadi punca kepada kejadian tersebut.
Di dalam satu tweet terbaru, Linda Onn telah memohon maaf dan dia sendiri tak sangka gerai tersebut disita MPAJ.
Sungguh..tk pernah sekelumit pun terasa nk ego. Dari smlm dh minta maaf sbb tak sangka twit tu sgt terkesan. Sangka ku, ku hanya manusia biasa yg kdg2 nak meluahkan perasaan..mcm org lain. Rupanya tidak. Tak sangka sampai jadi mcm tu sekali. Lain yg kita maksudkan, lain yg jadi. https://t.co/01bRtkHEvc
— Linda Onn (@LindaOnn) August 14, 2018
Malah Linda Onn menawarkan pemilik gerai tersebut untuk berjumpa dan memberikan bantuan seperti mendapatkan lesen berniaga.
First of all, Linda mohon maaf jika buat ramai tersinggung n takde niat nak dengki sesiapa. Dear adik @AmirulDzulkarn9 , maaf tak berniat nak ganggu bisnes u. Nanti kita jumpa kita plan out ok. Tengok apa yang kak Linda boleh bantu utk dapatkan lesen dan sebagainya.
— Linda Onn (@LindaOnn) August 14, 2018
Mana tahu mungkin rezeki peniaga jalanan itu untuk berkembang maju dengan bantuan Linda Onn nanti.