Terkejut Disergah Member, Abam Ambulans Pengsan ‘Slowmo’

Tempat kerja memang boleh menjadi tempat penyumbang tekanan kadang-kadang. Tapi dengan adanya kawan-kawan sekerja, semua masalah jadi hilang sekejap.

Tambah pula dapat kawan yang kaki sakat. Tak kering gusi dibuatnya! Ada pula golongan yang senang disakat. Dua-dua menghiburkan!

Beberapa hari lepas tular kisah seorang lelaki menyergah rakannya sehingga hampir pengsan, membuatkan netizen yang melihat berdekah!

Pada mulanya lelaki tersebut berdiri di belakang pintu sebuah bilik. Lelaki itu pula macam tahu-tahu je yang rakannya itu akan masuk ke bilik tersebut.

Tak lama kemudian, apabila pintu dibuka oleh rakannya yang berwajah selamba itu, lelaki itu pun segera menyergah rakannya, secara tak langsung mengejutkan rakannya itu!

Namun apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah tindak balas badannya yang perlahan-lahan melentur ke belakang seperti orang pengsan! Malah matanya turut dipejam membuatkan netizen berdekah!

Nasib baik di belakang rakan lelaki tadi ada meja untuk menampung dirinya. Kalau tak memang dah jatuh terbaring atas lantai.

Kemudiannya lelaki tersebut cuba menenangkan rakannya itu tadi sebelum mereka berdua sama-sama ketawa.

Setakat ini, video yang dikongsi oleh @abam_ambulans berjaya meraih tontonan sebanyak 253.2 ribu dan 14.7 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@abam_ambulans Pengsan pulak member.. Adoiiiii.. #abam_ambulans ♬ original sound – abam_ambulans

Menjengah ke ruangan komen, ramai ketawa serta ‘simpati’ dengan lelaki yang dikejutkan tadi. Malah, sempat juga netizen menegur gaya pengsan slowmo yang dibuat lelaki itu.

“ulang² aku tguk bio dia msuk wad”

“Risauuu pulak kwn tu terkejut smpai cntu nsib baik tk tumbang😂”


“sungguh tabah dia ni kena sakat 😂”