Baru Nak ‘Psiko’ Pasukan Lawan, Sekali Gigi Pemain Sepak Takraw Pula Tersangkut Jaring

Tak se-popular sukan bola sepak mahupun badminton, tapi sukan takraw pasti ada peminatnya tersendiri.

Liga Sepak Takraw (STL) di Stadium Indera Mulia, Ipoh telah berlangsung sejak beberapa minggu yang lepas.

Beberapa pasukan telah digandingkan bersama semalam antaranya Bomba Fighters, Black Panther dan Perak Bison.

Tak dinafikan permainan semalam memang menarik. Masing-masing berusaha memperjuangkan pasukan mereka.

Manakala Black Panther berjaya mendapat mata semasa menentang Bomba Fighters. Dalam pada para ahli pasukan bergembira atas kejayaan tersebut, lain pula yang terjadi selepas itu!

Momen bahagia automatik bertukar lucu apabila gigi salah seorang pemain tersangkut pada jaring takraw!

Pemain yang disapa Mat Oni pada mulanya datang mendekati jaring tersebut untuk berkata sesuatu kepada pasukan lawan, namun tanpa disangka-sangka giginya tiba-tiba terlekat pada jaring buat beberapa saat.

Ahli pasukan Black Panther yang lain seperti Aekasit turut berdekah melihat gelagat lucu Mat Oni. Malah Aekasit dilihat seperti tidak boleh berhenti ketawa kerana situasi lucu itu.

Satu stadium berdekah dibuatnya si Mat Oni ni! Pengulas yang mengulas pun tidak dapat menahan ketawanya. Siap sempat ‘membahan’!

Tak lama selepas itu Mat Oni dirujuk pada pasukan perubatan untuk diperiksa dengan lebih lanjut.

Video yang tular di laman TikTok

@astroarena Gigi melepasi jaring! Harap-harap gigi hang okay, Mat Oni. Aekasit tak boleh tahan dah tu 🤣. #inimilikkita #emasanuarstl ♬ original sound – Astro Arena

@che_pen #oneybuathal #sangkutpukat #ulangtayang #fypシ ♬ Dalamo Dalamo – DJ Opus

@hafizah8283 Smpai aku rewind tengok balik2 pun ketawa wei🤣🤣🤣 aku ingat kn bola saja yg sangkut dijaring 😂😂😂 #viral #gigisangkutdijaring🤣 ♬ original sound – Hafizah💕

Menjengah ke ruangan komen, ramai juga yang perasan kejadian berkenaan. Penonton di rumah turut berdekah melihat aksi spontan tersebut!

Berikut antara komen-komen menarik diberikan oleh netizen di TikTok

“Member pun tak tahan gelak😂😂”

“tengah syok nak psycho team sebelah, sekali kena balik😂😂 aekasit tu duk gelak je tengok oni ni ha 😂😂”


“aku nk tdo tengok ni terang mata aku balik😂😂😂”