Lelaki Diajak Piknik Tepi Sungai Oleh Rakan Bangladesh, Teruja Dihidang Ketam Masak Bhuna Atas Daun Pisang!

Berkawan dengan seseorang yang berlainan bangsa dan agama daripada kita memang banyak kebaikannya. Selain dapat mengenal budaya lain dengan lebih dekat, dapat juga kita mendalami sedikit sebanyak adat mereka.

Iospital phone repair gombak

Bila persahabatan sudah mula akrab, jangan hairan kalau suatu hari nanti kita diajak merasa masakkan dari negara mereka, membuatkan kita terliur ketika menikmatinya!

Persis kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki di TikTok, @kawannahim memaparkan dia telah diajak rakan-rakan Bangladeshnya untuk berkelah di tepi sungai.

Menerusi video yang dikongsikan, dilihat lelaki ini bersama rakan-rakannya yang lain menikmati hidangan bernama Ketam Bhuna sambil ditemani pemandangan petang yang indah.

Ketam yang dimasak oleh seorang lelaki warga Bangladesh itu dikatakan masakan dari negara itu sendiri. Masakan itu dilihat sedikit berkuah dan berwarna merah keperang-perangan.

Lebih menarik, semuanya telah disediakan oleh Nahim, lelaki Bangladesh. Dia siap hidangkan nasi di atas daun pisang! Menurut pemilik video, masakan yang disediakan enak.

Malah di hujung video, lelaki ini sempat meminta resepi daripada Nahim.

Sejak video ini dimuat naik beberapa hari lepas, jumlah tontonannya telah berjaya mencecah sehingga 1.9 juta manakala meraih sebanyak 143.7 ribu tanda suka!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata gemar melihat persahabatan antara lelaki Melayu bersama tiga orang rakan Bangladesh yang lain. Dalam pada itu, ramai yang ingin mencuba ketam masak bhuna yang dikatakan oleh Nahim.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

 


 

 

 

Video yang tular di laman TikTok:

@kawannahimSedap mat ketam bhuna♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)