“Berkat ke niaga macam ni?” Pelanggan Kecewa Beli Sotong Celup Tepung Ibarat Kena Scam, Isi Besar Duit Syiling 20 Sen!

Kos hidup yang semakin tinggi yang kian terasa kini sememangnya buat ramai ‘pening kepala’. Manakan tidak, dahulu jika bawa RM50 ke pasar, penuh satu troli barangan dapur.
Iospital phone repair gombak
Tapi kini, kalau bawa RM50, mungkin 1 atau 2 barang dapur sahaja yang boleh diperolehi. Hal ini juga membuatkan ramai peniaga makanan perlu mengeluarkan modal yang lebih untuk berniaga membuatkan harga jualan juga perlu dinaikkan apatah lagi bagi peniaga yang menjual makanan berasaskan makanan laut seperti sotong ketam dan udang.

Namun ini tidak bermakna peniaga boleh menganiaya pembeli dengan meletakkan harga makanan yang sangat tinggi dan tidak masuk akal atau menyediakan makanan yang dianggap ingin ‘menipu’ pelanggan.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wnaita berkongsikan rupa sotong celup tepung yang dibelinya mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian yang tular di Facebook, dia memuat naik gambar hidangan tersebut yang hanya mengandungi sotong bersaiz terlalu kecil di dalamnya.


Melihat kepada gambar yang dimuatnaik pelanggan, isi sotong yang disaluti tepung hanyalah sebesar syiling 20 sen manakala isi tepung pula sebesar tapak tangan. Pelanggan berkenaan kesal dengan tindakan peniaga yang sanggup berniaga seolah menipu pelanggan sendiri apabila melihat isi luar sahaja.

“Berkat ke meniaga macam ni?”, soal pelanggan demikian.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut kecewa melihat makanan tersebut yang jelas seakan ingin menipu pelanggan yang datang membeli di kedainya.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang turut berkongsi pengalaman yang sama pabila membeli sotong goreng tepung atau sotong celup tepung di sesetengah kedai makan apabila indah khabar dari rupa.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman Twitter: