Leka Tengok Bola Sampai Tangan Tak Bergerak Lipat Baju, Gelagat Suami Terperanjat Disergah Isteri Bikin Ramai Terhibur

Kebanyakan kerja rumah memang wanita yang selalu uruskan. Tapi tak salah pun kan kalau suami cuba untuk tolong sekali? Barulah harmoni rumah tangga bila semua kerja buat sama-sama. Isteri pun senang hati.

Iospital phone repair gombak

Pun begitu, sekarang kan musim bola. Mesti banyak kerja yang diharapkan oleh isteri kepada suami tertangguh. Maklumlah, tak nak lepaskan peluang menyaksikan perlawanan team kegemaran mereka.

Persis seperti yang terjadi kepada pasangan suami isteri ini apabila kelihatan seorang suami sedang menonton perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 di kaca televisyen membuatkan ramai ketawa.

Menerusi video yang tular di TikTok itu, sambil si suami menyaksikan pertempuran dua pasukan tersebut, dia turut membantu isterinya melipat kain. Namun, kerjanya tergendala gara-gara terlampau fokus dengan kaca TV di hadapan.

Sebaik sahaja sedar tangan pasangannya terhenti daripada membuat kerja, si isteri yang turut berada di ruang tersebut pantas menegur menyebabkan lelaki itu terkejut dan cepat-cepat menyambung melipat kain.

Walaupun belum cukup tempoh 24 jam video ini dimuat naik, ianya berjaya mencecah jumlah tontonan sehingga 421.8 ribu serta meraih sebanyak 33.6 ribu tanda suka!

Ketika meneropong ke ruangan komen, netizen terhibur melihat gelagat si suami yang terperanjat apabila disergah wanita ini. Malah mereka sempat berseloroh mengatakan lelaki memang sering dimarahi wanita.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Bukan takut bini, tapi bini menakutkn 😅”

“bak kata pakcik saya, bukan dia takut bini, bini dia yang tak takut dia”


“kecik2 kene marah dgn mak.. dh kawin kene marah dgn bini.. 😂 kita ni mmg budak2 hahaha”

“nii lawak,,kalau khusyuk tgok tv auto tgn stop😂😂”

Video yang tular di laman TikTok

@kaksuchenggini Abis bola mau siap dua bakul baju…hehe #bola #pialamalaysia2022 #jdt #selangorfc #suamiistri ♬ original sound – diasuhana