Pergi Ketika 2 Tahun 7 Bulan Akibat Kanser Darah, Ibu Kerinduan Terharu Netizen Tolong Edit Gambar Anak Perempuan Kalau Umur 13 Tahun

Kehilangan si cilik permata hati angkara penyakit bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima bagi seorang insan yang bergelar ibu. Lebih-lebih lagi setelah mengandungkan bayi selama 9 bulan 10 hari.

Iospital phone repair gombak

Pemergian seorang anak pastinya meninggalkan rasa rindu yang tak berpenghujung. Bagaimanapun kita perlu yakin dengan qada dan qadar Allah SWT yang ingin menguji keimanan kita kepadaNya.

Minggu lalu, tular satu hantaran dari seorang ibu kepada anak syurga meminta jasa baik komuniti group Facebook Edit Apa Hari Ni ? untuk menyunting gambar anaknya yang sudah meninggal dunia ketika berusia 2 tahun 7 bulan.

“Anak syurga saya meninggal di usia 2 tahun 7 bulan, dikira-kira sekarang sepatutnya dia dah berumur 13 tahun.

“Boleh ke kalau saya minta yang bijak yang pandai, iras-iraskan muka anak saya di usia 13 tahun? Saya redha, cuma saya rindu..” pintanya.

Dalam hantaran yang meruntun hati itu, dia meminta ahli grup untuk menyunting wajah anak perempuannya yang ketika ini berusia 13 tahun jika masih ada.

Menurut laporan yang dibuat Harian Metro, ibu bernama Roslina Hanim Ramli berkata dia bukan mahu menidakkan qada dan qadar, tetapi merindui anaknya.

Tambah ibu berusia 43 tahun ini, anak perempuannya, Dania Emelda Aqasha Mustaffa meninggal dunia akibat kanser darah pada 2011 dan akui sehingga kini tidak pernah melupakan satu-satunya zuriatnya itu.

“Saya ibu yang membawanya sembilan bulan dalam kandungan dan bertarung nyawa melahirkannya. Jadi, sudah pasti rindu itu selalu ada,” katanya.

Dia turut menzahirkan rasa sebak dan terharu apabila dapat melihat ‘wajah’ remaja Dania walaupun ia hanyalah sekadar imaginasi semata-mata.

“Saya cakap ‘cantik sangat anak ‘ibu’.

“Gambar yang disunting itu persis anak saya dan tak sangka dengan teknologi ketika ini saya dapat melihat Dania yang remaja biarpun mereka menyunting gambar ketikanya berusia dua tahun,” katanya.


Jelas Roslina, anak kesayangannya itu disahkan menghidap kanser ketika berusia 2 tahun 7 bulan, berjuang melawan penyakitnya itu.

“Dania demam ‘on off’ semalam dua minggu dan muka serta tangannya juga pucat sebelum ujian darah mengesahkannya kanser darah.

“Kami banyak habiskan masa bersama di hospital apabila Dania perlu menjalani rawatan kemoterapi. Dania anak yang kuat, petah dan periang,” ceritanya.

Roslina berkata, sebelum anak perempuannya meninggal dunia, Dania diserang sawan dan ditidurkan selama empat hari di hospital.