Ajak Sembang Sampai Pukul 3 Pagi Lepas Balik Umrah, Lelaki Sebak Ayah Akhirnya ‘Pergi’ Dalam Dakapan

Kehilangan insan yang paling penting dalam hidup bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditelan. Lagi-lagi ibu bapa yang membesarkan kita. Pemergian mereka nyatanya meninggalkan kesan yang mendalam.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, ajal maut sudah tertulis di takdir Allah SWT. Kita perlu bersabar dan percaya pasti ada hikmah di sebalik kesedihan yang berlaku.

Begitulah situasi yang terpaksa dihadapi oleh seorang pemuda bernama Izhar apabila arwah ayahnya telah pergi menghadap Ilahi ketika dalam dakapannya.

Sebelum itu, pemilik TikTok @wakk_sahaje ada berkongsi rakaman mengenai keberangkatan orang tuanya menunaikan umrah bersama beberapa jemaah yang lain.

Pun begitu, difahamkan sebaik sahaja kembalinya ayah Izhar ke tanah air, arwah telah dijangkiti C19 dan melakukan kuarantin secara kendiri di rumah sambil dipantau oleh isteri serta anak-anak.

Panik dan risau menerima perkhabaran tersebut, Izhar bergegas plang ke kampung halaman. Namun, kegembiraan yang dirasai hanya sebentar apabila sang ayah pulang ke negeri abadi pada subuh Jumaat dalam dakapannya.

Menerusi video terbaharu yang dikongsi, Izhar sebak di saat mengimbas semula detik sebelum pemergian orang tuanya, menyebabkan lelaki itu mengalirkan air mata.

Menurutnya, arwah pada malam itu kelihatan bersungguh-sungguh mahu dia mengenakan kopiah serta jubah yang dibeli sebagai buah tangan dari tanah suci.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata turut mendoakan arwah ayah lelaki ini. Selain mengucapkan takziah, netizen juga berharap agar dia bersabar menghadapi ujian kehilangan orang yang tersayang.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Salam takziah..Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman..Aamiin ya rabbil allamiin.”

“slm takziah semoga arwah ayah awak ditempatkan bersama orang-orang beriman aamiin”


” Salam takziah,semoga arwah di tempat bersama para solihin”

“salam takziah alfatihah🤲🏾🙏🏾🥺”

“Innalillahiwainnailahirojiun..Al fatihah (dibaca) semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Aamiin”

Video yang tular di laman TikTok

@wakk_sahajeMintak dipermudahkan semua urusan Amin Amin Amin Amin Amin.♬ bunyi asal – Izarr