[VIDEO] Tak Perlu Kejutan Romantis Hotel 7 Bintang, Achey Hadiahkan Tanah Buat Isteri

Penyanyi dan pelawak terkenal, Achey dan isterinya, Anne dilihat semakin bahagia dengan kehadiran anak angkatnya yang comel, Zinirah walaupun masih belum dikurniakan anak kandung.

Terbaru, Achey telah membuat kejutan pada hari lahir isterinya dengan memberikan hadiah yang sangat ‘rare’.

Menerusi laman sosial Instagram, Achey telah memuat naik video memberikan kejutan dengan menghadiahkan tanah buat isterinya itu.

Ternyata kejutannya itu membuatkan Anne gembira dan sangta terharu. Rata-rata peminat memuji tindakan Achey yang sangat menghargai isterinya itu.

Bagi yang tidak mengenali Achey, beliau adalah juara Bintang Mencari Bintang musim yang pertama pada tahun 2013 anjuran TV3.

Achey berjaya mengatasi Kumpulan Bocik, Titan dan Tapaw untuk muncul selaku juara. Beliau juga pernah mengacara program Kintang Kintung di TV3 bersama sifunya Allahyarham Harun Salim Bachik.

Pada bulan November Achey telah bergabung bersama Kumpulan Bocik lalu diberi nama Bocey untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2013.

Ternyata penyertaan mereka tidak sia-sia apabila mendapat tempat ke 3 selepas kumpulan Sepahtu muncul juara dan Kumpulan Shiro selaku naib juara.

Pada musim berikutnya Maharaja Lawak Mega 2014 Bochey mendapat tempat ke 5. Dan dua edisi seterusnya, mereka meraih gelaran juara pada tahun 2016 & 2017.

Selain kebolehannya dalam bidang lawak dan lakonan, Achey juga berkebolehan mencipta dan menulis lagu serta menyanyi.

Achey telah mengeluarkan single pertamanya iaitu Yang Terindah pada penghujung Oktober 2017. Lagu ini didedikasikan khas untuk isterinya, Anne.