Lebih RM10 Juta Kutipan Polis Evo 2 Hanya 5 Hari Tayangan

Kalau sebelum ini Filem Hantu Kak Limah dan Munafik 2 mencetuskan fenomena kutipan tertinggi di Malaysia, nampaknya Filem Polis Evo 2 juga tidak mahu ketinggalan apabila mencatatkan sejarah tersendiri dengan meraih kutipan melebihi RM10 juta selepas hanya lima hari tayangan.

Filem aksi lakonan Shaheizy Sam, Zizan Razak, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira dan ramai lagi ini mendapat respon positif daripada penonton.

Pada tayangan hari pembukaan, filem terbitan Astro Shaw ini berjaya meraih kutipan sebanyak RM3.5 juta.

Polis Evo 2 boleh ditonton di 146 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei dan tayangan rasmi di Singapura pula adalah pada 29 November depan.

Sinopsis Polis Evo 2

Sekumpulan pengganas telah menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai tebusan. Pasukan Khas dari Malaysia dan Indonesia telah ditugaskan untuk mengendalikan kes itu tetapi misi mereka gagal. Kini ia semua terserah kepada Inspektor Khai dan Inspektor Sani untuk menyelamatkan tebusan dan pada masa yang sama cuba untuk menumpaskan kumpulan pengganas itu.

Jaga-jaga boh!