Aquaman Kutip Lebih USD1 Bilion Selepas 22 Hari, Tahniah James Wan!

Tahniah James Wan, anak kelahiran Kuching, Sarawak, yang mencipta fenomena apabila berjaya menjadikan filem arahannya Aquaman sebagai Box Office, lapor Astro Awani.

Filem Aquaman telah mencipta sejarah apabila filem terbitan DC dan Warners Bro itu, yang ditayangkan sejak 21 Disember 2018 meraih kutipan lebih dari USD1 bilion pada Sabtu.

 

View this post on Instagram

 

I’m late to post this, but thank you to you all, nonetheless. ✌️

A post shared by James Wan (@creepypuppet) on

Jumlah kutipan sebanyak USD4.5 juta di Amerika Utara dan USD5.4 juta di luar negara membuatkan filem itu berjaya mengutip sejumlah USD988.6 juta pada hari Jumaat.

Satu laporan media antarabangsa melaporkan, sejak filem itu ditayangkan, ia terus menerus memikat penonton seluruh dunia dan ia menjadi filem komik DC yang pertama mencecah billion dolar dalam masa tayangan 22 hari, selain The Dark Knight Rises.


Pencapaian ini membuatkan Wan, pengarah filem warga Australia yang menetap di Los Angeles, menjadi salah seorang daripada 8 pengarah yang mempunyai dua filem dalam kategori ‘kelab USD1 bilion’.

Di antara pengarah-pengarah lain dalam kategori sama termasuk Chris Nolan untuk filem Dark Knight dan Dark Knight Rises, Michael Bay (Transformers 3 dan Transformers 4), Peter Jackson (Lord of the Rings: The Return of the King, The Hobbit: An Unexpected Journey) dan Joss Whedon (Avengers dan Avengers: Age of Ultron).

Semua pelakon yang telah menjayakan watak utama sebagai Aquaman, Jason Momoa, turut mengucapkan terima kasih kepada peminat melalui laman Instagram miliknya.

Info Tentang Biodata James Wan

James Wan (dilahirkan pada 26 Februari 1977) adalah pengeluar, penulis skrip, dan pengarah filem berbangsa cina Malaysia yang dilahirkan di Kuching, Sarawak, Malaysia.

James Wan telah dibesarkan di Australia dan dikenali kerana telah mengarah francis filem seram Saw dan mencipta patung boneka Billy.

James Wan juga merupakan pengarah filem Dead Silence, Death Sentence dan Insidious.

Sebelum menjadi popular dalam industri perfileman, dia membuat filem pertamanya iaitu Stygian bersama Shannon Young, yang telah memenangi ‘Best Guerrilla Film’ di Festival Filem Underground Melbourne pada tahun 2000.

James Wan kemudiaannya telah bertemu dengan rakan kongsi perniagaan pada masa hadapannya iaitu Leigh Whannell semasa belajar di RMIT.

Beliau kemudian bekerjasama mewujud dan mengarahkan filem seram (francais), Saw dengan bantuan Whannell sebagai penulias skrip untuk filem tersebut.

Wan dan Whannell mengarah versi pendek filem untuk mempamerkan skrip filem tersebut. Whannell memainkan watak David di dalam filem pendek tersebut dan watak utama sebagai Adam di dalam filem.

Ketiga-tiga pengeluar yang melihat filem pendek tersebut dan membaca skrip filem Whannell bersetuju untuk menghasilkan filem itu sebelum Wan dan Whannell mendarat di Los Angeles.

James Wan dan Whannell memutuskan untuk melepaskan gaji terlebih dahulu sebagai balasan untuk keuntungan filem.

Pengembaraan filem dilakukan dengan bajet yang rendah iaitu sebanyak 1.2 juta membuatkan pengeluar berfikir untuk mengeluarkannya terus dalam format DVD.

Walau bagaimanapun, Saw telah mencipta rekod francis filem seram yang diluar jangkaan dan pendapatan Wan dan Whannell lebih daripada apa yang mereka ramalkan.