Bonus Ciput, Mamat Khalid Jelaskan Realiti Industri Filem Tanah Air

Beberapa minggu lepas pelakon utama HKL, Datuk Awie dan Delimawati terkilan dengan bonus diterima mereka yang dianggap sangat sedikit.

Mereka mendakwa jumlah bonus yang diberikan ‘ciput’ dan tidak setimpal dengan kerja keras dan komitmen mereka.

Pengarah filem Hantu Kak Limah, Mamat Khalid mengambil sikap berkecuali berhubung isu bonus pelakon filem yang meraih kutipan RM38 juta itu.

Foto: Instagram Mamat Khalid

Kata Mamat, ia disebabkan realiti industri filem tanah air.

“Hanya gah (pada) pandangan mata, “

Mamat menjelaskan pada minggu pertama tayangan, 50 peratus kutipan filem itu disalurkan kepada pihak pempamer.

Walaubagaimanapun, pada minggu kedua tayangan, jumlah itu akan naik kepada 60 peratus.

“Sebab itu saya faham keadaan kedua-dua pihak iaitu penerbit dan pelakon,”

Mamat Khalid kini sedang menjalankan penggambaran filem terbarunya, Rock 4: Quo Vadis Komer (Rock 4).

Awie sebelum ini menjelaskan beliau tidak akan menolak untuk berlakon di bawah arahan Mamat Khalid untuk filem sekuel Hantu Kak Limah tetapi dengan syarat ia tidak diterbitkan oleh syarikat produksi yang sama.

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Sumber Rujukan: HMetro[/su_note]