“Ini yang kita mahu” Kedai Makan Melayu Tapi Kebanyakkan Pelanggan Cina, Ini Rupanya Rahsia Peniaga

Benarlah kata orang, makanan menyatukan kita semua apatah lagi dalam negara yang berbilang bangsa seperti kita.
Iospital phone repair gombak
Lihat sahaja lah di kedai mamak, apabila ada perlawanan bola sepak tidak kira liga dunia atau lokal, pasti di meja-meja akan penuh dengan rakyat berbangsa Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain duduk sekali dan bersorak bersama.

Apa yang membezakan adalah pasukan yang disokong masing-masing sahaja.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah kedai melayu dipenuhi bangsa lain mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Norees, difahamkan kedai makan Pak Majid Laksa Beras itu didatangi oleh pelanggan yang berbilang kaum terutamanya bangsa cina dek kerana kesedapan laksa beras yang diuli sendiri.

“Kedai Melayu tapi Cina yang ramai. Apa yang special kedai ni weh? Laksa beras dia buat sendiri,” kata pemilik video


Tidak cukup dengan itu, antara menu yang famous juga adalah cendol malah layanan yang baik dan servis yang pantas juga menyebabkan ramai pelanggan yang datang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat bangsa lain datang untuk ‘support’ perniagaan yang diusahakan oleh kaum lain.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui laksa mereka memang sedap apatah lagi kedai makan yang sememangnya bersih.

Antara komen warga maya:

“Kita semua anak Malaysia”

“Kedai pun bersih.. terbaikk”


“Kalau hampa semua nak tau ini kedai laksa beras sotong kampung selamat, satu lagi cawangan kat kepala batas”

“Bila mereka ramai makan memang sedap la tu.. bukan biashe2”


Video yang tular:

@noreeshomemade Kedai melayu TAPI cina yang ramai…ape yang special kedai ni wei????🤗🤗🤗 #fyp #norees #buatsampaijadi #kekpackminumpetang ♬ original sound – ❤️ELLZE❤️ – Onton✝️