“Lawan bang hahaha” Ex-Girlfriend Minta Balik Barangan Yang Diberi, Respon Lelaki Ini Buat Ramai Berdekah

Apabila menjalinkan hubungan percintaan, pastinya kita sering mendapat hadiah daripada orang yang tersayang bukan seperti baju, anak patung, kasut, jam dan bermacam lagi.

Pun begitu, tidak semua hubungan percintaan itu berakhir dengan perkahwinan malah ada yang terputus di tengah jalan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berkongsi perbualannya bersama bekas kekasih yang meminta memulangkan semula barangan yang telah diberikan semasa bercinta mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh lelaki ini di laman TikToknya @mhmmdshfkk, pada awalnya wanita tersebut meminta semula barangan yang kira kira berjumlah RM780.

Lelaki ini dengan selamba mengatakan dia tiada masalah untuk memberikan semula semua barangannya malah lelaki ini sempat ‘mengajar’ perempuan tersebut dengan turut meminta semula segala barangan yang pernah diberikan kepada wanita itu.

Bukan itu sahaja malah lelaki ini juga meminta semua ‘masa’ yang dibazirkan untuk wanita tersebut termasuklah MC yang dibeli dalam anggaran 4-5 kali untuk berjumpa wanita itu.

Bengang mendengar perkara tersebut, wanita ini terus ‘play victim’ mengatakan lelaki itu tidak ikhlas memberi segala barangan sedangkan dia yang memulakannya dahulu.

Malah dia juga sempat berkata kepada lelaki ini bahawa dia boleh meminta hak dia kerana dia ‘perempuan’ malah lelaki ini yang sebagai seorang lelaki tidak boleh meminta semula barangannya.

Disebabkan terkejut dengan cara lelaki tersebut ‘sekolahkan’ wanita ini, dia akhirnya membatalkan niatnya untuk meminta segala barangan.

Video yang tular di laman TikTok:

@mhmmdshfkk Dia mula dulu saya sambung je #ungkit #pekakwaknart #fypシ ♬ DJ CLUBBING PUTEEAP – –

@mhmmdshfkk Reply to @nanaitsme_ Dia mula , Saya layankan je Bnyk dh saya abis duit dkt prmpuan tpi takpernah lgi tuntut apa ii mngkin tu rezeki dorang kan ☺️ #part2 #ungkit #fypシ ♬ origineel geluid – Tik Toker

@mhmmdshfkk Part 3 done . Aku rasa mcm banyak lagi episode ni #ungkit #fyp ♬ original sound – AL

@mhmmdshfkk Reply to @capiyacantikk Last part dia mengalah #ungkit #fyp #pekakwaknart #fypシ ♬ Owner sound hensem –

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat wanita tersebut yang auto ‘cancel’ buat ‘tuntutan’ selepas lelaki ini meminta barangnya semula termasuklah masa yang dibazirkan untuknya.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui turut malu dengan sikap wanita tersebut yang seolah-olah sengaja memalukan diri sendiri.

Antara komen warga maya:

“malu pula aku baca perempuan tu cakap macam tu.. dia minta boleh pulakk”

“malu dia sampai saya pun terasa.. menantikan episode seterusnya”

“kau lelaki aku perempuan fikir la sikit bro”


“malu woii confident dia.. apa2 pun kau memang win arh bang”