Laung Azan Semasa Arus Deras, Lelaki Syukur Rumah Tak Dimasuki Air Banjir

Walau kemana sahaja kita pergi, tetap tidak ada satu pun diantara kita yang mampu menidakkan kuasa Allah S.W.T apatah lagi mempertikaikan kebesaran azan itu sendiri.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang mangsa banjir tampil menceritakan pengalaman yang tidak dapat dia lupakan sewaktu berlakunya bencana banjir.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh laman Facebook Qathrunnada, lelaki ini meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga sewaktu ditemubual dan meceritakan detik-detik disaat air deras hanya lalu sahaja di hadapan rumahnya selepas melaungkan azan ketika banjir mulai datang.


Menurutnya, ketika itu dia terus azan menghadap kiblat dan membawa anak serta isteri keluar dari rumah.

Apa yang anehnya, rumah mereka langsung tidak dimasuki air sehingga membuatkan mereka tergamam apatah lagi bila melihat rumah kejiranan yang sudah dimasuki air lumpur.

Video yang tular di laman Facebook:

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 772K tontonan, 1.1K komen dan 7.9K perkongsian di applikasi Facebook.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen takjub dengan kekuasaan Allah dan kebesaran azan dan dalam masa yang sama para netizen bersetuju bahawa tindakan melaungkan azan ketika menghadapi ujian seperti bencana ini merupakan antara cara terbaik untuk memohon pertolongan daripada Allah S.W.T.

Berikut merupakan komen daripada warga maya:


Untuk rekod, baru-baru ini negara kita mengalami fasa sukar dan berduka apabila beberapa buah negeri di Malaysia ‘ditenggelamkan’ oleh musibah banjir.

Banyak kawasan yang terjejas terutamanya di kawasan lembah Klang serta ribuan mangsa juga turut terasa ‘peritnya’. Malah lebih menyedihkan, ada juga nyawa-nyawa yang tidak berjaya diselamatkan.

Dapat kita lihat menerusi video-video yang tersebar di media sosial dimana terdapat tanah runtuh, penutupan jalan, pokok tumbang, rumah yang ‘lesap’ dibawa arus deras, dan air banjir meningkat sehingga ke paras bahaya dimana kenderaan yang berada di kawasan parkir mahupun di jalan raya tenggelam.

Sama-sama kita doakan semoga roh yang ‘tewas’ akibat banjir dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.