“Bahagia tak ingat dunia ” Tok Ayah Main Gelongsor Air Cucu Buat Netizen Terhibur

Kini, sudah tidak perlu bersesak-sesak ke taman tema air kerana ramai dikalangan kita lebih gemar mengambil langkah mudah dengan hanya membeli atau menyewa pelampung gelongsor yang boleh dipasang di halaman rumah untuk hiburan seisi keluarga.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang atuk dilihat berseronok dan gembira bermain gelongsor air telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @syazz_08, kelihatan sebuah keluarga menyewa gelongsor air untuk bermain di depan halaman rumah.

Pada awalnya, Tok ayah kelihatan sedang santai duduk di kerusi sambil melihat gelagat anak-anak dan cucu-cucunya.

Namun apa yang membuatkan orang ramai terhibur adalah apabila cucu-cucu bagi ‘chance’ kepada tok ayah untuk bermain air.

Tok ayah juga kelihatan sangat gembira dan bukan itu sahaja, dia juga turut mencuba gelongsor air tersebut.

Video yang tular di TikTok:

@syazz_08 #fypシ #fyp #masukberanda ♬ original sound – ♡︎

@syazz_08 Balas kepada @along_bss_motor ♬ original sound – เพนเพนเดก⚡️

Ketika artikel ini ditulis, video terseut telah meraih 1.2M tontonan, 100.5K tanda suka, 4120 komen dan 4560 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat reaksi atuk yang bahagia bermain gelongsor air tersebut.

Dalam masa yang sama ada juga netizen yang mengatakan bahawa satu perkara yang tdak mampu dibeli dengan wang ringit adalah senyuman kebahagian seseorang.

Berikut merupakan komen-komen warga netizen:

“bahagia ya tengok family ni…”

“cucu punya pasal apa pun sanggup”


“terima kasih kerana menjadikan ucapan ‘bahagia hingga anak cucu’ itu wujud”

“atoknya ada sakit pon masih gagahkan diri untuk happykan cucu”