“Kuatnya dia” Bapa Meninggal 3 Jam Sebelum Nikah, Mata Sayu Pengantin Buat Ramai Sebak

Kita sering dengar satu ayat dimana kekasih pertama seorang anak perempuan adalah ayahnya sendiri. Manakan tidak, ayah sanggup melakukan apa sahaja demi anak tercinta agar sentiasa tersenyum gembira.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita kehilangan ayah tersayang beberapa jam sebelum akad nikah undang sebak ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @intanmasekh yang juga merupakan seorang make up artist berkongsi pengalamannya make up kan seorang pengantin yang kehilangan ayahnya 3 jam sebelum nikah.

“Jumaat lepas hari yang sangat menyayat hati buat intan, siap2 nk solat asar dan bersiap nk pergi makeup pengantin kak intan oncall time pukul 6 untuk nikah lepas isyak, dan dapat wassap pukul 4:30 petang mengatakan abahnya baru meniggal dunia, padahal kak intan dh siap nk gerak untuk makeup dia sejam lagi. ”

Difahamkan, dia terkejut mendapat berita daripada pengantin itu menerusi Whatsapp mengatakan ayahnya telahpun kembali ke rahmatullah.


Dikatakan pada awalnya pengantin tidak mahu meneruskan majlisnya namun atas nasihat ahli keluarga dan segala persiapan telah tersedia, dia kuatkan diri untuk meneruskan majlis itu.

“Bride terpksa teruskan majlis nikah sbb semua persiapan sudah siap tersedia. Kawan2 dia bagitau yang dia tak nk teruskan majlis, tapi atas nasihat keluarga , tetap kne teruskan sbb semua dh siap, pelamin dh pasang, makanan dh siap masak , keluarga belah lelaki dh smpai homestay dan semua dh tersedia, siapa tau yang ayahnya ingin pulang ke negeri abadi lewat petang tu”

“Masa smpai,nk masuk lorong kampung , ternampak satu perkuburan, ada ramai orang, ad van jenazah dan masih dlm proses kebumi. Intan kehilangan kata2. Smpai rumah pengantin dlm pukul 8 malam, masuk2 nmpk pengantin, mata bengkak , masih tgh menangis kuat, dan cuba cover kesedihan dari intan. Terus disapa, kak saya mintak maaf . Tunggu kejap ya. Pengantin pergi mandi, n bersiap pakai baju nikah dan get ready.”

“Dlm pukul 8:30 malam baru kak intan start makeup. Suasana dlm rumah masetu, hiba sunyi, keluarga tahan nangis sana sini. Pergi dapur nk basuh sponge, nampk tilam letak jenazah yang baru digunakan, ruang tamu bau kapur barus, kehilangan kata2 lagi sekali.”

“Ya allah, kuat betul dia , dalam waktu makeup dia tahan dari nangis, redha dan kelihatan sgt letih. Tapi dia betul2 redha , tenang dan mampu tersenyum. Alhamdulillah, bride pun sgt tenang, n tak kisah kak intan buat look apa asal cantik . Kak intan cuba buat yg terbaik, dlm keadaan masing2 hiba. Dekat pukul 10 baru nikah haritu.”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sedih mendengar perkhabaran tersebut apatah lagi bila kehilangan ayah tercinta dihari bahagianya.

Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan wanita itu merupakan seorang yang sangat kuat dan tabah kerana masih mampu tersenyum walaupun dalam keadaan yang sangat sedih.

Antara komen warga maya:

“Allah gantikan yang baru tapi tak mungkin boleh sama macam ayah kita”

“Tarikh anniversary dia tarikh yang sama dengan kematian bapanya.. Allahu sedihnya..”


“Allahu tak terbayang macam mana struggle dia hide her tears.. semoga sang suaminya memberi yang terbaik untuk dia..”


Video yang tular di laman TikTok:

@intanmasekh Nikah lepas isyak, pukul 4:30 petang wassap ayahnya baru meninggal. Dia tak nk teruskan majlis tapi atas nasihat keluarga semua terpks disteruskan sbb semua dh tersedia . Sapa sangka ayahnya pulang ke negeri abadi lewat petang tu #fyp #muajohor #fyppppppppppppppppppppppp ♬ suara asli – sadvibes🥀 – Sadvibes🥀

Perkongsian yang tular di Facebook: