Dah Bagi ‘Signal’ Pun Tetap Kena Tendang, Aksi Rider Patahkan ‘Side Mirror’ Undang Pertikaian Netizen

Isu penunggang motorsikal tendang ‘side mirror’ kereta ketika hampir dilanggar bukanlah satu perkara yang baharu bahkan sering kali kita baca di media sosial.

Pun begitu, ianya boleh dipertimbangkan lagi jika benar kereta itu yang salah contohnya sengaja menghimpit motorsikal ataupun tidak memberi signal ketika tukar lorong. Manakan tidak, siapa yang mampu mengawal marah kan? Apatah lagi melibatkan nyawa.

Namun kali ini lain pula ceritanya dimana rider penghantar makanan ini menendang side mirror sebuah Porsche 911 Carera 4S sehingga tercabut dan terpelanting mengenai Toyota Estima di hadapan mereka undang pertikaian netizen.

Hal ini kerana, jika diamati semula video tersebut, dapat kita lihat kereta itu telahpun memberi signal dan menukar lorong secara perlahan-lahan malah pemandu itu tidak terus masuk ke lorong tengah dan memberikan laluan kepada beberapa buah motorsikal di belakangnya.


Namun, tiba-tiba datang seorang rider penghantar makanan menendang side mirror kenderaan itu sehingga tercabut dan terus meninggalkan tempat kejadian.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengecam tindakan penunggang motorsikal itu yang dilihat bertindak aggresif dan tidak bertimbang rasa diatas jalan.

Ada juga segelintir yang menasihati pemandu kereta tersebut dimana memberi lampu signal bukan ‘lesen’ untuk menukar lorong tanpa memberi laluan kepada penunggang motosikal yang datang dari belakang terlebih dahulu.

Antara komen warga maya:

“Bukan murah tu bang.. orang tu dah bagi signal.. kau bawa laju celah2 tu time jem macam tu..”

“Masa aku ambil lesen dulu cikgu aku pesan kalau kenderaan di hadapan beri signal kita kena berhati-hati atau slowkan kenderaan..”


“Kereta dah separuh jalan dan bagi signal lama.. so timbang rasa la.. boleh slow biar dia jalan..”

“Dah boleh elak tu elak je la.. tak payah nak terajang.. kawan tu pon slow2 nak tukar lane..”

“Aku tak faham betul orang naik motor time jem tu lah dia nak full throtle.. tak ada kira ke kalau tetiba ada kenderaan tukar laluan..”

“Kurang ajar motor tu.. kadang2 motor pun keras kepala juga,, takde tolak ansur..”


Video yang tular di laman Facebook: