“Kuat kerja demi rakyat sampai kurus..” Menteri Rina Harun Jadi Tumpuan Netizen

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun pernah menjadi bualan hangat netizen apabila sijil diterima oleh pelajar-pelajar yang berjaya masuk ke Maktab Rendah Sains Mara memaparkan wajahnya.

Hari ini, Menteri ini sekali lagi menarik perhatian netizen apabila perubahan fizikalnya yang dilihat semakin kurus yang menjadi inspirasi buat semua.

Biarpun tidak diketahui secara terperinci berapa jumlah berat yang turun, namun jika dilihat dari susuk tubuhnya sangat berbeza berbanding 2 tahun lepas.

Rata-rata mula berteka-teki berapa agaknya berat yang berjaya diturunkan dan apakah pemakanan yang beliau amalkan.

Malah tak kurang juga yang memuji kecantikan menteri itu yang dilihat lebih muda, sihat dan tampil berkeyakinan.

Dalam pada itu ada juga yang mendakwa DS Rina Harun kuat bekerja siang dan malam sehingga berat badannya turun.

“Bandingkan badan Datuk Rina Harun masa beliau mula-mula ambil alih kementerian wanita, keluarga dan masyarakat dari Wan Azizah Mac tahun lalu dengan sekarang.

“Jauh beza kan? Kuat bekerja untuk rakyat hingga kurus badan. Itu lah kualiti yang ada pada menteri-menteri lantikan TS Muhyiddin Yassin.

“Bekerja pagi petang siang malam bagi kesejahteraan rakyat tanpa kenal erti penat lelah.”

Jika benar seperti didakwa, DS Rina Harun patut diberi satu pujian dan penghargaan dari rakyat Malaysia.

Pada masa sama, masing-masing memberikan pendapat mengenai perkara ini dan ada yang memerhati bahawa DS Rina Harun mula turut berat badan ketika puasa tahun lepas.

Semoga perubahan Rina Harun ini menjadi inspirasi buat semua terutamanya yang memiliki berat badan berlebihan.