“Siap curi makanan pulak tu!” Oyen Selamba ‘Lepak’ Dalam Sangkar Singa Buat Netizen Berdebar

Ada sejenis kucing yang menjadi feveret orang ramai iaitu kucing oren, rakyat Malaysia lebih gemar menggelar sebagai oyen.

Tak kiralah baka apa pun, kalau kucing tu bulunya warna oren, automatik tergolong dalam persatuan kucing-kucing oyen sedunia.

Oyen ni boleh dikatakan terkenal dengan sifatnya yang nakal, selalu buat masalah dan huru-hara, tapi mukanya yang comel dan sifatnya yang manja tu lah yang membuat semua orang cair.

Bermacam-macam ragam kucing oyen ni! Rasanya tak ada satu hari pun yang bosan kalau dengan kucing oyen ni. Mesti ada je akalnya nak buat masalah.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana si oyen selamba curi makanan Singa mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @beertalibaax, kelihatan si oyen masuk ke dalam sangkar singa dan mengambil makanan yang diberikan kepada singa.

Namun sang singa hanya menghiraukan gelagat oyen yang seolah-olah lupa dirinya hanyalah seekor kucing dan cuma berwarna sama seperti singa sahaja.

Berdasarkan video lain, memaparkan juga dua ekor oyen yang kelihatan ‘steady’ lepak di dalam sangkar singa tanpa rasa takut.

Berikut merupakan video yang tular:

@beertalibaax Beerta libaax #kpop ♬ original sound – Beerta libaax 🦁

@beertalibaaxLion 🦁 berta libaax 🔥♬ Laughing – Gianluca Marino

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 9.3M tontonan, 824.2K tanda suka, 14.7K komen dan 27.8K perkongsian di TikTok.

Meninjau diruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan aksi lagak ‘gangster’ si oyen yang memasuki sangkar singa dan mencuri makanan sang singa.

Malah dalam masa yang sama, para netizen berseloroh mengatakan mungkin Sang singa tidak kisah berkongsi makanan kerana si oyen merupakan anak saudaranya.

Berikut merupakan komen warga maya:

“idok la si oyen ni nak takut.. sesama bangsa..”

“penat lah nak layan oyen”

“buat hal lah si oyen”