“Awak dah jaga, bab duit biar saya usahakan,” Tindakan Lelaki Beri Nafkah Tinggi Untuk Anak Terima Pujian Netizen

Setiap pasangan pastinya akan menerima pelbagai jenis ujian malah setiap daripada mereka juga mempunyai jalan cerita yang berbeza-beza.

Pasangan rumah tangga mana yang mahu akan penceraian? Namun, ada diantara kita terpaksa akur dengan takdir jika ianya merupakan jalan yang terbaik selepas sedaya upaya mempertahankan sesebuah hubungan.

Perpisahan bukan bermaksud kita terlepas daripada tanggungjawab apatah lagi jika mempunyai cahaya mata, pastinya kita mahukan yang terbaik buat darah daging kita.

Tatkala ramai yang culas dan memandang remeh isu ‘nafkah’ namun berbeza pula dengan lelaki ini yang sangat menitik beratkan bab nafkah anaknya.

Menerusi perkongsian di group Tuntutan Nafkah Anak di Facebook, seorang lelaki dikenali sebagai Hanif Malek menyatakan dia sudah memberikan nafkah lebih kepada anak-anaknya supaya hak mereka terjaga dan tidak terabai.

“Kita ni jadi ayah bagi nafkah kat anak biar tinggi. Sampai bekas isteri dengan peguam pun tak berani nak sebut apa-apa pasal nafkah anak dengan kita. Sampai tak ada siapa berani pertikaikan tanggungjawab kita.”

Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan turut mengatakan bahawa dia memberi ‘nafkah’ kepada anak dalam jumlah yang tinggi serta akan merekod perkara berkenaan di dalam fail.

“Bagi tinggi tapi berekod, kemas kini dalam fail. Setakat hak jagaan, hak melawat ni picisan je bagi aku. Yang penting anak tu terjaga ke tak.”

Lelaki ini juga turut berterima kasih kepada bekas isteri kerana sudah menjaga kebajikan anak-anak dengan baik.

Menerusi sebuah tangkap layar, dia memuat naik bukti pembayaran nafkah anak dan perbualan bersama bekas isterinya.

“Beruntunglah kalau begini…ada yang berpisah dari anak kecik sampai besar tak bagi sesen langsung…minta pun mcm pengemis je…kat dunia bole terlepas tapi diakhirat nti jawablah” kata Netizen

Apa yang lebih membuatkan netizen kagum adalah, dia bukan sahaja bijak dalam mengurus nafkah anak malah dia secara sukarela ingin memudahkan urusan bekas isteri dengan membantu membuat pembayaran bulanan bagi penapis air di rumah bekas isterinya dan membayar yuran anaknya.