“Kreatifnyaa” Cikgu Sediakan Locker Dari Kotak Kasut Untuk Pelajar Raih Pujian Netizen

Sebagai seorang pendidik, sudah tentu tidak sanggup untuk melihat anak muridnya dalam keadaan susah apatah lagi jika untuk menimba ilmu. Seperti yang kita tahu, buku teks bukanlah ringan jika dibawa dengan kuantiti yang banyak walaupun digendong dalam bag. Lagi-lagi bila yang menggendong adalah budak sekolah rendah yang rata-rata berbadan kecil.

Iospital phone repair gombak

Jadi tidak hairanlah jika ada pelajar yang meninggalkan buku teks di bawah meja di dalam kelas kerana beg berat.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang guru berkongsi kisah ketika dia menggunakan kotak kasut untuk jadikan locker pelajar telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @cekguzul, kelihatan dia berkongsi kisah ketika dia dan pelajarnya sedang menyusun kotak-kotak kasut.

Namun siapa sangka rupa-rupanya kotak kasut tersebut dijadikan sebagai locker pelajar untuk meletakkan buku ataupun barangan sekolah yang lain.

Hal ini kerana, dia mengambil cakna dengan perihal pelajar yang terpaksa menggalas beg yang berat dengan buku.

Menerusi video yang lain, guru ini juga sempat berkongsi moment dia dan anak murid mengdekorasi kelas agar kelihatan lebih ceria dan cantik.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji usaha guru ini yang sangat kreatif demi memudahkan urusan setiap murid di dalam kelasnya itu.

“Terbaik cikgu! Semoga dimurahkan rezeki cikgu. Buat apa nak beli yang mahal-mahal kalau ada yang murah kan” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar guru tersebut dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan malah sempat berseloroh mengatakan selepas ini sudah tiada alasan tertinggal buku di rumah.

Antara komen wargamaya:

“Cikgu tak locker besi, locker macam ni pun jadi lah”

“Nanti jangan student bagi alasan kerja sekolah tak siap sebab tinggal kat sekolah hahaha”


“Takde alasan nenek baca bulu, buku basah, buku tertinggal lepas ni”

“Betul.. saya sendiri gunakan kotak kasut macam ni buat rak buku kat rumah.. lagi kemas! murah pula tu”

Video yang tular di laman TikTok:

@cekguzul Masalah beg berat?? Jom buat #locker sendiri di kelas 😉 #edu #kids #inovasi #together #edutok #edutiktok #bag #school #books #problem #noproblem #guru #tiktokguru #deco #class #classdeco #fun #heavy #shopee #shopeefinds #fyp #fyppp #geliga #gstar #teacher #teachersoftiktok #slay #man #system #ganu #teganukite #kemaman #best ♬ Sayunk I Love You – Chombi

@cekguzul simple2 je kita #deco #kelas kita. maklumla #1st time jadi guru kelas 😅 #teganukite #ganu #edu #edutok #classdeco #class #first #firsttime #learnontiktok #edufluencer #learn #kemaman #decoration #hiasan #cikgu #maleteacher #smart #yourteacher #fyp #kids #girls #boys #edutiktok #guru #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #best #simple #guru #tips #school ♬ Sunroof – Nicky Youre & dazy