Belasan Kereta Baru Milik ‘Jutawan Segera’ Rosak Gara-Gara Tak Pandai Memandu Raih Perhatian Ramai

Sudah menjadi ‘fitrah’ seorang jutawan, pasti terdapat beberapa kereta mewah di dalam rumahnya tidak kiralah Ferrari, Lamboghini, Audi, Mercedes dan sebagainya. Selain menjadi kepuasan buat seseorang, itu juga seakan menjadi ‘kayu ukur’ buat golongan mereka.
Iospital phone repair gombak

Namun lain pula ceritanya dengan kisah kali ini dimana terdahulu tular satu rakaman video menunjukkan penduduk di sebuah perkampungan Indonesia telah membeli kira-kira 176 buah kereta baru di Kampung Sumurgeneng di daerah Jenu, Tuban.

Rata-rata penduduk di situ merupakan petani telah mendapat wang pampasan tanah untuk pembangunan kilang petroleum milik syarikat dari Rusia. Jumlah wang pampasan yang diterima oleh penduduk kampung sekitar 8 bilion rupiah (RM2.3 juta) sehingga 26 billion rupiah (RM7.5 juta) bergantung pada saiz jumlah tanah yang mereka ada.

Pun begitu, kegembiraan ‘jutawan-jutawan segera’ yang memiliki kereta mewah tidak bertahan lama kerana belasan kereta mewah tersebut mengalami kerosakkan akibat kemalangan. Punca kemalangan itu berlaku kerana mereka tidak pandai lagi memandu kereta.

Menurut Arie Soerjono, Pengurus Bahagian Auto 2000 Tuban mengatakan bahawa hingga kini sudah ada 15 buah kereta dari penduduk Kampung Sumurgeneng telah mengalami kemalangan.


Rata-rata kereta yang sedang dibaiki merupakan model Toyota dan kemalangan tersebut tidak berlaku di jalan raya, tetapi ia berlaku di kawasan jalan kampung setempat mereka. Seperti contoh, pemandu melanggar ruangan garaj ketika mahu mengundur kereta mereka kerana tidak pandai memandu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tumpang gembira melihat petani yang mendapat wang dalam kuantiti yang banyak sekaligus dapat mengubah nasib keluarga.

Pun begitu, ada juga yang menasihati mereka agar bijak dalam berbelanja terutamanya untuk membeli aset seperti rumah kereta dan sebagainya. Seeloknya belajar dulu memandu sebelum mempunyai kereta agar tidak berlaku kemalangan dan merisikokan diri sendiri serta orang lain.

Video yang tular di laman Youtube: