Kongsi Video Perjalanan Balik Mengundi, Gadis Kagum Lihat Perodua Axia ‘Steady’ Lalu Jalan ‘Off-Road’

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, ramai yang bergegas pulang ke kampung masing-masing pada sabtu lalu bagi tujuan mengundi.
Iospital phone repair gombak
Bahkan, ada juga sebilangan jalan terutamanya ke arag pantai timur sesak teruk dek kerana terlalu banyak kenderaan di atas jalan raya.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna Facebook sempat berkongsi rakaman video perjalannya pulang ke Baram, Sarawak.

“Saya balik kampung untuk mengundi pada Sabtu lepas. Baram terkenal dengan kawasan ‘off-road‘ dan kebanyakan orang membeli 4×4 seperti Toyota Hilux, Mitsubishi Triton, Nissan Navara dan lain-lain.”

“Tetapi lihat apa yang ada di sini. Adik kepada King Of Malaysia Road, Perodua Axia,” kata Sandra.

Dapat kita lihat kereta tersebut steady melalui kawasan jalan yang tidak rata, berlubang, berbukit dan berliku.


“Apa lagi, pergi beli Axia sekarang. Sudahlah murah, jimat minyak. Dapat guna untuk off-road lagi ya,” kata Sandra di akhir perkongsiannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat kebolehan kereta buatan Malaysia itu yang tidak ada masalah lalu di jalan ‘off-road’.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar pucuk kepimpinan kerajaan baharu Malaysia nanti dapat menyelesaikan masalah permukaan jalan raya kurang baik yang masih belum lagi diselesaikan sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Antara komen warga maya:

“Mantap la.. tabik spring dengan owner axia.. semangat nya…”

“Kalah sudah king.. steadyyy axia yaa..”


“Boleh tahan kereta kecik tu kalah kereta off-road.. the new king is born”

“Kasi kereta rosak je.. kalau sangkut naya pak karim..”

“Jangan macam2 dengan axia tu.. hilux pun boleh overtake tu..”

“Sampai destinasi pasti piston depan belakang boost hampir hausss hahaha.. sampai memang sampai..”


Video yang tular di laman Facebook: