Pakaikan Cucu Lipstick, Gelagat Atuk Siap Nganga Mulut Buat Ramai Terhibur

Ayah ni walaupun segarang mana pun dia, walaupun pernah ada title Leftenan Kolonel, Brigedier Jeneral, Mejar Jeneral bahkan Leftenan Jeneral sekalipun dalam pekerjaannya, namun dia tetap manja dengan cucu-cucunya.
Iospital phone repair gombak
Dia akan bertukar menjadi manusia yang paling lembut dengan cucu-cucunya sehinggakan terkadang dengan atuknya sekali ‘melayan’ cucu main ‘hide and seek’, ‘police and thief’ dan sebagainya.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki sedang pakaikan lipstick untuk cucunya telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kymsaiful_tan, dapat kita lihat dia sedang merakam gelagat ayah bersama anaknya yang sedang bersiap di rumah.

Namun apa yang lebih menarik tumpuan ramai, lelaki itu meminta cucunya untuk membuka mulut bagi memudahkan lagi memakaikan lipstick.


Selepas lelaki itu memakaikan lipstick, dia terus memeluk cucunya bahkan jelas kelihatan kasih sayang antara mereka berdua.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tersentuh melihat keakraban atuk dan cucu malah ada juga yang terhibur dengan gelagat lelaki itu ketika meminta cucunya membuka mulut.

“Arwah ayah saya dulu pun macam tu. Kita penat tak nak bagi handphone, tapi sebab sayangkan cucu dia boleh bagi cucunya main handphone dia” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga akui ibu ayah mereka akan lebih menyayangi cucunya dan akan melakukan apa sahaja untuk mereka.

Antara komen warga maya:

“Atuk2 nenek2 memang gini.. time dengan aku asik kena bantai beajau tak pandai.. kalau cucu ‘tak yah lah school harini eh, teman nanny pi beli grocery'”

“Aku baru lepas kena marah dengan mak bapak aku sebab marah anak kencing dalam seluar”


“Ko jangan sesekali bagi cucu dia nangis, kalau gini caranya, atok memang sayang cucu dari anak sendiri”

“Waktu kita kecik2 pakai lipstick bapa dah marah marah, tapi kalau cucu boleh pula dia pakaikan ”


Video yang tular di laman TikTok:

@kymsaiful_tan Never ever touch his cucu! Like NEVER! 😒 #grandparents #granddaughterandgrandpa #granddaughterslove #bonding #love #rolemodel #tiktok #tiktokmalaysia #trending #tiktokvideoviral #viral #fypシ #fypage #fypシ゚viral #malaysia ♬ you are my sunshine – christina perri