“Masih fikir tanggungjawab” Panggil Adik Untuk Hantarkan Makanan Kerana ‘Accident’, Sikap Amanah Rider Ini Buat Netizen Kagum

Menjadi seorang rider penghantar makanan bukanlah satu perkara yang mudah bahkan terdedah dengan pelbagai risiko seperti perlu berdepan dengan hujan panas, dimarah oleh customer, ataupun terkena ‘prank order’ dan akhirnya mengalami kerugian.

Iospital phone repair gombak

Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai peratusan yang tinggi untuk terlibat kemalangan kerana perlu menghantar makanan dengan kadar segera.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang rider grab tetap menjalankan amanah walaupun mengalami kemalangan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @hanisx, dapat kita lihat dia menyerahkan telefon bimbit yang digunakan untuk menghantar makanan dan satu bungkus makanan kepada seorang lelaki berbaju hitam.

Difahamkan, rider tersebut meminta tolong lelaki berbaju hitam yang juga merupakan adiknya untuk menghantar makanan berkenaan kepada customer.


“si abang suruh si adik ni gi hantar order cust dekat2 kawasan tu sebab dia dah tak leh jalan dah, si adik ni pun jalan grabfood gak”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji sikap rider tersebut yang masih tidak mengabaikan tanggungjawabnya dan tetap amanah walaupun dia berdepan dengan kemalangan.

Bukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar segala rezekinya diberkati dan kembali pulih seperti sedia kala agar dapat menjalankan tugas semula.

Antara komen warga maya:

“Dia tak terfikir diri dia,, tapi masih fikirkan orang lain,, tu amanah bagi diri dia”


“Dia tetap nak jalankan taggungjawab dia.. nampak dia tengah tahan sakit tu..”

“Amanah beb.. aku pernah kena langgar dulu.. bersepai cover set.. kaki luka.. bengkak.. sakit tolak tepi janji motor boleh hidup jalan.. settle order terus pergi hospital”

“Pergh sumpah sedih dari tengok muka abang tu, penat2 cari rezeki dengan hujan panas lepastu exciden pula”

“Teringat hari tu order makanan pastu penghantar tu accident jatuh gaung meninggal, kawan dia yang tolong hantarkan”

“Tapi aku sedih dengan segelintir customer yang tahu nak cepat je.. nak je aku cakap nak cepat beli sendiri..”

“Ni la yang orang tak nampak.. yang orang tau nak makanan kau sampai cepat.. bahaya datang kita tak tau bila”


Video yang tular di laman TikTok:

@hanisx #ad getwellsoon brother #foryou#ezbca#grabfood ♬ original sound – ꧁..꧂

@hanisx Reply to @daustmkj #ad ceritanya mcm ni ! Dia baru bangun tido dpt call abgnya excident #fyp#ezbca#grabfood ♬ original sound – Hanisx