“Kita pergi kat mama kahwin,” Bawa Anak ke Majlis Perkahwinan Bekas Isteri, Lelaki Ini Sebak Atas Pelamin

Pasangan mana yang berkahwin untuk bercerai. Malah penceraian bukanlah sesuatu hal yang mudah untuk dihadap. Tambahan pula untuk pasangan yang sudah ada anak bersama.

Kedua belah pihak harus bersikap profesional dan saling bertoleransi. Malah, ramai yang masih berhubungan baik demi membesarkan anak-anak dan memberikan kasih sayang yang cukup kepada mereka.

Seperti satu video tular di laman Tiktok, Mohd Asraf Firdaus telah menerima berita baik daripada bekas isterinya dimana bekas isterinya itu telah berjumpa jodoh baharu dan ingin melangsungkan perkahwinan.

Asraf yang juga mempunyai seorang anak lelaki bersama bekas isterinya itu bernama Muhammad Aisy Firash telah membawanya sekali ke majlis perkahwinan tersebut yang berlangsung baru-baru ini.

Menerusi video TikTok yang dikongsinya itu, dia sempat bermesra dan mengusik si pengantin lelaki. Dia juga turut mengalirkan air mata bahagia.

“Papa doakan semoga bahagia dunia hingga ke syurga untuk mama dan ayah baru awak aisy”

“Semoga bahagia” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam video tersebut juga, Asraf yang juga seorang tukang potong rambut profesional telah menguruskan pakaian dan menyiapkan anaknya yang berusia empat tahun itu untuk ke majlis perkahwinan.

Asraf, anaknya Aisy dan juga isteri barunya sedondon mengenakan pakaian berwarna serba ‘gold’.

Mereka sekeluarga juga kelihatan sempat merakam momen bersama-sama dengan pengantin yang diraikan di atas pelamin.

Video yang dimuat naik oleh Asraf telah mencecah tontonan sebanyak 1.4 juta kali! Diikuti dengan 103.5 ribu tanda suka dan 1529 komen.

Video yang tular di laman TikTok

@mohdasraffirdausSemoga bahagia ##fyp ##masukberandafyp ##fypシ ##tiktokmalaysia ##explore ##fypシ゚viral ##masukberanda♬ Aku Bukan Jodohnya – Fullband Version – Tri Suaka

Meninjau ke ruangan komen pula, ramai yang memuji sikap Asraf kerana masih mampu mengekalkan hubungan yang baik dengan bekas isteri. Malah, tidak kekok dan sempat berseloroh dengan jodoh baharu bekas isterinya itu.

Para netizen juga mendoakan kebahagiaan antara kedua belah pihak dan berharap agar sama-sama dapat membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang.

Antara komen-komen menarik yang diberikan oleh netizen

“Kau kuat bro !”

“Sakit bila nampak parents kawin dengan new person depan mata”


“terbaik bang wlaupun dh terpisah tp still baik. sy doakan abg bahgaia”