Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.

Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.

Namun tidak dinafikan ada juga gelagat mereka yang tidak disangka-sangka dan diluar jangkaan ibu bapa.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang anak menyakat ayahnya yang sedang mengambil gambar secawan kopi mencuri tumpuan ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh @nadiahrosman kelihatan sebuah keluarga sedang menjamu selera di sebuah kedai coklat Molten.

Namun apa yang membuatkan netizen berdekah adalah anaknya dengan selamba merosakkan kraf lukisan yang berada di atas air coklat itu dengan mencelupkan tangannya sewaktu Si ayah sedang asik mengambil gambar kopi itu.

Video yang tular di TikTok:

@nadinersmnReply to @emboknazzura Hasil Dari Baba Saef 😱😱 ##fyp ##WinnerWinnerMoment ##foodie♬ You Can Do It – !!!

@nadinersmn##fyp ##fypシ ##WinnerWinnerMoment

♬ Ngakak Muka Manyun (Voice Mix) – shaniamelia

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.2M tontonan, 87.7K tanda suka, 1496 komen dan 4040 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat anaknya yang secara spontan mencelupkan tangan dalam air tersebut.

Dalam masa yang sama, para netizen juga bimbang tangan anaknya itu melecur jia air tersebut masih panas namun ibu kepada budak lelaki tersebut memaklumkan air kopi yang dipesan itu suam dan tidak berlaku kecederaan pada anaknya.

Bahkan, warganet juga menyifatkan bahawa tangan anak-anak merupakan sesuatu paling laju dimana mereka akan pantau apa sahaja yang mereka inginkan.

Berikut merupakan komen daripada warga maya: