“Kita kena jaga hati isteri” Mesra Berjalanan Berpimpin Tangan, Nasihat ‘Makan Dalam’ Azlee Senario Buat Ramai ‘Salute’!

Sejak kebelakangan ini terdapat banyak kisah yang melibatkan isu rumah tangga di media sosial dan bila diselidik ianya berpunca daripada ‘orang ketiga’. Bahkan lebih teruk ada yang sehingga mencederakan isteri dan berlaku dayus demi insan lain.
Iospital phone repair gombak
Namun dalam kekecohan itu, Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee bin Jaafar yang juga merupakan ahli kumpulan Senario memuat naik satu perkongsian yang dapat membuka mata orang ramai terutamanya kaum Adam.

Menerusi hantaran tersebut, dia berkongsi gelagat sweet dia dan pasangan yang mana dia tersenyum gembira disisi isteri, Aslinda Ayob sambil berjalan berpimpin tangan.

Dalam masa yang sama, apa yang membuatkan para peminat dan orang ramai kagum adalah apabila Azlee menulis kapsyen panjang tentang isteri yang perlu dijaga hatinya apatah lagi wanita tersebut memainkan peranan penting dalam rumah tangga seperti menyediakan makanan, menguruskan anak-anak, mencuci pakaian, mengemas rumah dan sebagainya.


“Kita kena menjaga hati seorang isteri, yang selalu menyediakan makanan untuk kita, basuh baju kita, menjaga anak-anak kita. Ya Allah kau rahmati lah isteriku Aslinda Ayob. Gembirakan hatinya dan jadi kan lah ia isteri yang soleha. Aamin.”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ‘salute’ dengan sikap Azlee yang sangat menghargai isterinya malah mendoakan pasangan ini kekal bahagia dan bercinta sehingga ke syurga.

Bukan itu sahaja, netizen juga bergarap agar Azlee dapat menjadi contoh buat kaum lelaki agar lebih menyayangi, menghargai dan menjaga hati isteri.

Antara komen warga maya:

“Semoga kekal bahagia bersama hingga ke Jannah..”

“Hahaha ritu selisih dengan abang kat one utama sempoi gila”


“Tengok isteri dia pun kita boleh nampak macam mana Azlee jaga dia.. ceria kemas bersih cantik”

“Terima kasih abang Azlee kerana mewakili para lelaki.. semoga suami2 kita hargai isterinya.. amin”

“Yes.. segala effort diorang buat setiap hari demi nak sediakan makan minum nak uruskan keluarga.. kadang2 diri sendiri paling last diorang fikir”


Perkongsian yang tular :

@azleesenariochane macam pernah ku lihat tapi dimana ya…..he he #PasanganBahagia ♬ Kenangan Terindah – SAMSONS